Connect with us

Terkini

Mahkamah Persekutuan putuskan Senator, Ahli Parlimen bersara tiada hak tuntut kenaikan pencen

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Ketika membenarkan rayuan kerajaan, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim berkata hak untuk semakan itu hanya hak bersyarat atau hak pada masa depan dan masih belum diperoleh.
  • Senator dilantik dan wakil rakyat Dewan Rakyat yang dipilih bukan ‘penjawat awam’ mengikut takrif dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.
  • Sebagai perbezaan, beliau berkata hak pencen penjawat awam dilindungi Perkara 147, yang menyatakan sebarang skim pencen baharu tidak boleh memberikan faedah yang kurang baik daripada undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada ketika itu.
  • “Mahkamah mesti merujuk kepada peruntukan ini tanpa cubaan untuk mengubah atau mengubah tafsiran, terutama apabila tiada kekaburan,” katanya dipetik Berita Harian pada Isnin sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang memihak kepada 26 bekas senator.

KUALA LUMPUR — Senator dan Ahli Parlimen yang sudah bersara tidak mempunyai hak untuk menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat, menurut keputusan Mahkamah Persekutuan pada Isnin.

Ketika membenarkan rayuan kerajaan, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim berkata hak untuk semakan itu hanya hak bersyarat atau hak pada masa depan dan masih belum diperoleh.

Hasnah berkata senator dilantik dan wakil rakyat Dewan Rakyat yang dipilih bukan ‘penjawat awam’ mengikut takrif dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai perbezaan, beliau berkata hak pencen penjawat awam dilindungi Perkara 147, yang menyatakan sebarang skim pencen baharu tidak boleh memberikan faedah yang kurang baik daripada undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada ketika itu.

“Mahkamah mesti merujuk kepada peruntukan ini tanpa cubaan untuk mengubah atau mengubah tafsiran, terutama apabila tiada kekaburan,” katanya dipetik Berita Harian pada Isnin sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang memihak kepada 26 bekas senator.

Turut bersidang dalam panel yang mendengar rayuan itu ialah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Mahkamah juga tidak mengarahkan bayaran kos kerana rayuan itu membabitkan isu kepentingan awam.

Bekas senator berkenaan diketuai Datuk Idris Buang, memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa mereka berhak untuk pengiraan semula pencen yang disemak semula, yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

Mereka menamakan ketua pentadbir Parlimen dan kerajaan sebagai responden dalam saman difailkan pada 15 Ogos 2019. Permohonan mereka pada asalnya ditolak Mahkamah Tinggi pada 2020, tetapi kemudian dibenarkan Mahkamah Rayuan.

Menurut FMT, sebelum 1 Januari 2014, perenggan 20 dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyatakan senator dan Ahli Parlimen berhak untuk pelarasan pencen setiap kali semakan gaji dibuat.

Namun, selepas pindaan dibuat, sebarang pencen diberikan kepada Ahli Parlimen akan dinaikkan dua peratus setiap tahun tanpa memerlukan semakan gaji.

Pada 1 Januari 2015, elaun bulanan yang layak diterima senator dinaikkan daripada RM4,112.79 kepada RM11,000 manakala ahli Dewan Rakyat menerima RM16,000 sebulan berbanding RM6,508.59 sebelum itu.

Responden yang tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen pada tarikh tersebut, berhujah bahawa pencen mereka sepatutnya diselaraskan selaras kenaikan elaun bagi senator dan Ahli Parlimen yang sedang berkhidmat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *