Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Palestin di Gaza lancar kempen “Kami Bersama Pejuang”

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Rakyat Palestin di Gaza menyatakan sokongan padu terhadap pejuang pembebasan Palestin.

Rakyat Palestin di Gaza telah melancarkan kempen dalam talian dengan tanda pagar #نحن_مع_المقاومة (Kami Bersama Pejuang) bagi menyatakan sokongan padu terhadap pejuang pembebasan Palestin dan menolak sebarang usaha yang boleh mencetuskan perpecahan dalaman.

Menurut TV Al-Aqsa, kempen itu bertujuan menggagalkan percubaan rejim Zionis dan sekutunya untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap pasukan pejuang, terutama di tengah-tengah serangan berterusan di Semenanjung Gaza.

Sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu, Israel terus meningkatkan serangan ke atas Gaza, menyebabkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan besar di wilayah itu. Namun, sokongan rakyat terhadap kumpulan pejuang Palestin tetap utuh, dengan pelbagai inisiatif termasuk kempen digital seperti ini digerakkan bagi menyampaikan mesej solidariti Palestin ke peringkat antarabangsa. –The Merdeka Times

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Author