Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu tahu Qatar salur dana kepada Hamas sebelum 7 Oktober

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • Menurut laporan N12, Netanyahu menerima sekurang-kurangnya dua amaran mengenai aliran dana dari Qatar dihantar ke Gaza.
  • Laporan tersebut menyebut bahawa wang dari Qatar masuk ke Gaza menerusi beg yang dipenuhi wang tunai dengan setiap penghantaran berjumlah sepuluh juta dolar.
  • Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagaimanapun menolak dakwaan bahawa Netanyahu menerima sebarang amaran mengenai perkara ini.
  • “Tiada dokumen risikan pernah diletakkan di atas meja Perdana Menteri yang menyatakan bahawa dana Qatar telah disalurkan kepada keganasan. Sebaliknya, badan keselamatan secara konsisten menentukan bahawa wang bantuan Qatar disalurkan terus kepada bahan bakar, keluarga miskin, dan gaji kakitangan awam,” kata PMO.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan telah menerima amaran bahawa wang dari Qatar disalurkan ke Semenanjung Gaza untuk membiayai Hamas sebelum peperangan 7 Oktober, menurut laporan N12.

Menurut laporan itu, Netanyahu menerima sekurang-kurangnya dua amaran mengenai aliran dana dari Qatar, yang kemudian didapati dihantar ke Gaza.

Selain itu, laporan tersebut menyebut bahawa wang dari Qatar telah dimasukkan ke Gaza menerusi beg yang dipenuhi wang tunai.

Tujuan Qatar menghantar dana ke Gaza dikatakan untuk mengekalkan imej hubungan damai dengan Israel. Ini dilakukan dengan pengetahuan Israel, malah pada waktu tertentu dengan galakan daripada mereka, menurut laporan tersebut.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa amaran pertama yang diterima Netanyahu mengenai pemindahan wang ke Gaza berlaku pada pertengahan tahun 2019, kurang daripada setahun selepas dana Qatar mula memasuki wilayah tersebut.

Amaran tersebut memaklumkan bahawa Mohammed Deif, ketua sayap ketenteraan Hamas pada waktu itu mengambil wang dari Qatar dan menyalurkannya kepada kumpulan tersebut.

Menurut laporan itu, setiap penghantaran tunai berjumlah sepuluh juta dolar.

Amaran kedua kepada Netanyahu mengenai pemindahan wang dilaporkan berlaku pada tahun 2020.

Dalam kejadian ini, Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel) memberi amaran bahawa Deif telah mengambil empat juta dolar daripada setiap ansuran pembayaran yang dihantar oleh Qatar.

Selepas amaran tersebut, satu perbincangan diadakan, dan disarankan agar satu krisis diplomatik dengan Qatar disimulasikan.

Ketika itu, Qatar mendakwa mereka tidak mengetahui bahawa Hamas mengambil dana tersebut menyebabkan penghantaran wang terus dilakukan.

Aliran wang ini akhirnya dihentikan pada November 2021 apabila Hamas mula membayar pegawai mereka menggunakan hasil jualan bahan bakar Mesir yang dibiayai oleh Qatar.

Laporan N12 juga mendakwa bahawa tiga sumber yang mengetahui perkara ini telah mengesahkan butiran tersebut.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagaimanapun menolak dakwaan bahawa Netanyahu menerima sebarang amaran mengenai perkara ini.

“Tiada dokumen risikan pernah diletakkan di atas meja Perdana Menteri yang menyatakan bahawa dana Qatar telah disalurkan kepada keganasan. Sebaliknya, badan keselamatan secara konsisten menentukan bahawa wang bantuan Qatar disalurkan terus kepada bahan bakar, keluarga miskin, dan gaji kakitangan awam,” kata PMO.

“Perdana Menteri dimaklumkan bahawa bermula Mac 2020, Hamas telah mengalihkan $4 juta daripada bajet awamnya kepada sayap ketenteraannya, tetapi dana tersebut diperoleh dari sumber lain, bukan dari bantuan Qatar, yang terus digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan,” tambah PMO.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author