Connect with us

Terkini

Peguam gesa Cecelia Yap dituduh di mahkamah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Dr Shamsher Singh Thind
  • Peguam, Dr Shamsher Singh Thind menggesa Cecelia Yap Song yang sebelum ini didakwa menulis komen dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW dan terbaharu dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam dituduh di mahkamah.
  • Ini kerana Cecelia Yap telah menghina nama Nabi dan ia bukan kesalahan bersifat teknikal semata-mata, tapi ia satu kesalahan serius.
  • Beliau berkata disebabkan itu juga Cecelia Yap disiasat bawah Kanun Keseksaan untuk kesalahan-kesalahan bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) yang mana kesalahan-kesalahan itu tidak boleh dikompaun.
  • Cecelia Yap juga boleh disiasat untuk kesalahan hasutan bawah Seksyen 3(1)(e) Akta Hasutan 1948 dan ia turut tidak boleh dikompaun.
  • “Sepatutnya Yap dituduh di Mahkamah supaya dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam menggesa Cecelia Yap Song yang sebelum ini didakwa menulis komen dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW dan terbaharu dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam dituduh di mahkamah.

Dr Shamsher Singh Thind berkata ini kerana Cecelia Yap telah menghina nama Nabi dan ia bukan kesalahan bersifat teknikal semata-mata, tapi ia satu kesalahan serius.

Beliau berkata disebabkan itu juga Cecelia Yap disiasat bawah Kanun Keseksaan untuk kesalahan-kesalahan bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) yang mana kesalahan-kesalahan itu tidak boleh dikompaun.

Tegasnya, Cecelia Yap juga boleh disiasat untuk kesalahan hasutan bawah Seksyen 3(1)(e) Akta Hasutan 1948 dan ia turut tidak boleh dikompaun.

“Sepatutnya Yap dituduh di Mahkamah supaya dijadikan pengajaran kepada semua.

“Dah lah Malaysia ditipu oleh ahli-ahli politik yang suka menabur janji-janji palsu sebelum pilihan raya, kita tak mau rakyat mula saling benci membenci di antara satu sama lain kerana isu-isu sosial dan agama.

“Bukankah PMX dulu bagi teguran jangan sentuh isu 3R? Atau ini pun dah U-turn?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Shamsher Singh Thind.

Semalam, MCMC dilaporkan mengenakan kompaun RM10,000 setiap seorang terhadap pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap berhubung muat naik kandungan dan komen jelik berkaitan agama Islam di Facebook pada 18 Januari lalu.

Tindakan itu akan dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Kandungan tersebut telah diturunkan oleh pihak Meta selepas didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook, manakala permohonan penutupan akaun kedua-dua individu kini dalam penilaian syarikat berkenaan. — The Merdeka Times

Author