Terkini
King Sing nafi Ketua Pengarah Tourism Malaysia turun pangkat sebab isu kampung Cina
- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing menafikan dakwaan bahawa penurunan pangkat Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berikutan beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengiktiraf kampung Cina.
- Ini kerana isu mengenai pengiktirafan kampung Cina tidak mempunyai kaitan dengan kementeriannya dan ia tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Kementerian.
- “Dakwaan bahawa ‘pelancong China diberikan layanan istimewa’ juga tidak berasas… #Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelawat dari seluruh dunia dan giat mempromosikan pelancongan di pelbagai wilayah, termasuk #China, #ASEAN, #Eropah, dan #TimurTengah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
- King Sing turut memuat naik tangkap layar hantaran yang mendakwa pemecatan Ammar bukan kerana prestasi kerja merosot, sebaliknya disebabkan beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang kesemua dakwaan hantaran tersebut dinafikan King Sing.
KUALA LUMPUR — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing menafikan dakwaan bahawa penurunan pangkat Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berikutan beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengiktiraf kampung Cina.
King Sing berkata ini kerana isu mengenai pengiktirafan kampung Cina tidak mempunyai kaitan dengan kementeriannya dan ia tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Kementerian.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa penurunan pangkat Ammar disebabkan tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan rumah inap desa dan memberi keistimewaan kepada pelancong negara China.
“Kebelakangan ini, khabar angin yang tidak berasas telah tersebar di media sosial mengenai penurunan pangkat Datuk Dr Ammar Abd Ghapar tahun lalu… Setelah disemak, dakwaan tersebut berpunca daripada akaun media sosial palsu, dan maklumat dikemukakan sama sekali tidak berasas serta direka-reka.
“Isu mengenai ‘pengiktirafan kampung baharu Cina’ tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (#MOTAC)… Hal ini bukan dalam bidang kuasa Kementerian dan tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Kementerian.
“Dakwaan bahawa ‘pelancong China diberikan layanan istimewa’ juga tidak berasas… #Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelawat dari seluruh dunia dan giat mempromosikan pelancongan di pelbagai wilayah, termasuk #China, #ASEAN, #Eropah, dan #TimurTengah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Menerusi hantaran Facebook itu, King Sing turut memuat naik tangkap layar hantaran yang mendakwa pemecatan Ammar bukan kerana prestasi kerja merosot, sebaliknya disebabkan beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang kesemua dakwaan hantaran tersebut dinafikan King Sing hari ini.

- Foto: Tangkap layar hantaran yang dimuat naik King Sing di Facebook-nya.
King Sing berkata khabar angin bahawa subsidi pelancongan hanya diberikan kepada syarikat milik kaum Cina juga sama sekali tidak benar.
Ini kerana menurut beliau, semua dasar subsidi oleh MOTAC dilaksanakan secara adil tanpa mengira latar belakang kaum pemilik perniagaan.
Beliau berkata insiden yang dikaitkan dengan ‘Laos’ juga adalah rekaan semata-mata dan tidak berasaskan fakta justeru kementeriannya tidak akan melayani dakwaan sedemikian.
“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Dr Ammar tidak pernah membangkitkan sebarang perbincangan mengenai hotel patuh Syariah atau mesra Muslim justeru tidak timbul sebarang persoalan tentang ‘minat’ atau ketiadaan minat beliau terhadap perkara tersebut.
“Oleh kerana tiada perbincangan yang berlaku, maka tidak wujud sebarang penyimpangan dalam sebarang keputusan berkaitan hal ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Datuk Seri Tiong King Sing.
“Pusat Pelancongan Islam (#ITC) akan menerima pengarah baharu yang akan segera memacu pembangunan produk pelancongan mesra Muslim—satu bidang yang tidak pernah dibincangkan Dr Ammar sepanjang tempoh beliau berkhidmat.
“Sebaliknya, semasa memangku jawatan Ketua Pengarah, Ammar Abd. Ghapar tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan.
“Beliau tidak menunjukkan pemahaman yang jelas mengenai tanggungjawabnya dan gagal menunjukkan inisiatif, selain tidak mempunyai matlamat atau hala tuju yang jelas…. Dalam mana-mana jawatan, sekiranya seseorang tidak memenuhi penanda aras yang ditetapkan sepanjang tempoh percubaan, maka penyelarasan peranan adalah sebahagian daripada prosedur pentadbiran yang biasa,” kata King Sing. — The Merdeka Times
You must be logged in to post a comment Login