Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Setiap 8 minit seorang kanak-kanak Yaman meninggal dunia akibat kebuluran

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Dawood Abdulmalek Yahya Al-Hidabi

KUALA LUMPUR — Seorang kanak-kanak di Yaman berusia lima tahun ke bawah meninggal dunia setiap lapan hingga 10 minit akibat penyakit dan kebuluran.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Dawood Abdulmalek Yahya Al-Hidabi berkata wanita di negara itu dianggarkan melahirkan sejuta bayi setiap tahun, bagaimanapun seorang kanak-kanak bawah lima tahun akan meninggal dunia setiap lapan hingga 10 minit.

Situasi sadis itu juga menurut Prof Dr Dawood Abdulmalek, berlaku disebabkan lebih daripada 80 peratus rakyat Yaman tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang terhad.

Ia menyebabkan penduduk di negara berkenaan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan sebarang rawatan yang akan berakhir dengan kematian.

“Mereka hanya akan menunggu (untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan) hingga meninggal dunia (kerana) perkhidmatan kesihatan sangat terhad.

“Ya (saya melihat perkhidmatan kesihatan di Yaman) lumpuh sepenuhnya… Kebanyakan doktor kami telah meninggalkan negara, dan kerajaan bergantung kepada negara lain,” kata Prof Dr Dawood Abdulmalek menerusi episod terbaru podcast Garis Krisis (GK) bertajuk, “Yaman, Negara Islam Yang Dilupakan”.

Podcast GK terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di Youtube The Merdeka Times pada Sabtu lalu yang dihoskan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain.

Yaman adalah sebuah negara yang terletak di Jazirah Arab (Semenanjung Arab), kawasan Timur Tengah yang kini dilaporkan kekal sebagai salah satu negara mempunyai krisis kemanusiaan terbesar di dunia.

Konflik yang berlaku di negara itu telah menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal, memusnahkan ratusan sekolah, mengganggu sistem kesihatan dan pendidikan rakyatnya. — The Merdeka Times

Author