Connect with us

Terkini

JAKIM tarik balik pengiktirafan 3 badan halal di China, Croatia dan Perancis

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: China Islamic Association (CIA), China (Kiri), Centre for Halal Quality Certification (CHQC), Croatia (Tengah) & Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML), Perancis (Kanan)
  • JAKIM telah mengemas kini senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf, berkuat kuasa mulai 25 Februari 2025.
  • Menurut Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM pada Selasa, kemaskini itu dilaksanakan berikutan terdapat penarikan pengiktirafan terhadap tiga badan pensijilan luar negara sedia ada dan perubahan logo halal bagi dua negara.
  • Penarikan pengiktirafan membabitkan China Islamic Association (CIA), China; Centre for Halal Quality Certification (CHQC), Croatia dan Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML), Perancis.
  • Perubahan logo halal melibatkan Sri Lanka dan Arab Saudi.

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengemas kini senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf, berkuat kuasa mulai 25 Februari 2025.

Menurut Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM pada Selasa, kemaskini itu dilaksanakan berikutan terdapat penarikan pengiktirafan terhadap tiga badan pensijilan luar negara sedia ada dan perubahan logo halal bagi dua negara.

Penarikan pengiktirafan membabitkan China Islamic Association (CIA), China; Centre for Halal Quality Certification (CHQC), Croatia dan Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML), Perancis.

Manakala, perubahan logo halal pula melibatkan dua negara iaitu Sri Lanka dan Arab Saudi.

Dengan kemaskini terbaru itu, menjadikan jumlah badan pensijilan halal luar negara diiktiraf JAKIM kini adalah 85 badan pensijilan daripada 47 negara. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *