Connect with us

Antarabangsa

Keluarga tebusan Israel, Shiri Bibas enggan terima kehadiran pegawai Netanyahu di majlis pengebumian

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Shiri Bibas
  • Keluarga mendiang tebusan Shiri Bibas telah menolak kehadiran mana-mana pegawai kerajaan Israel di majlis pengebumian beliau dan dua anaknya.
  • Hamas mendakwa keluarga Bibas terbunuh dalam pengeboman Israel yang dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh Tel Aviv di semenanjung Gaza.
  • Jumaat lalu, keluarga Bibas menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengabaikan keselamatan tebusan semasa perang Gaza dan gagal membawa mereka pulang dalam keadaan selamat.

JERUSALEM — Keluarga mendiang tebusan Shiri Bibas telah menolak kehadiran mana-mana pegawai kerajaan Israel di majlis pengebumian beliau dan dua anaknya.

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, telah memulangkan mayat Shiri dan dua anaknya minggu ini di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel.

Hamas mendakwa keluarga Bibas terbunuh dalam pengeboman Israel yang dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh Tel Aviv di semenanjung Gaza.

Menurut laman berita Israel Walla, disebabkan itu keluarga Bibas memberitahu kerajaan bahawa mereka tidak mahu sebarang wakil kerajaan hadir di majlis pengebumian tersebut.

Jumaat lalu, keluarga Bibas menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengabaikan keselamatan tebusan semasa perang Gaza dan gagal membawa mereka pulang dalam keadaan selamat.

Menerusi sesi forum Keluarga Tebusan dan Hilang, orang ramai turut dimaklumkan bahawa keluarga Bibas tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada kerajaan mengenai keadaan sebenar kematian mereka.

Menteri Dalam Negeri Israel, Moshe Arbel dilapor akan mewakili kerajaan di majlis pengebumian bekas tebusan Oded Lifshitz, yang akan diadakan pada esok.-The Merdeka Times

Author