Connect with us

Antarabangsa

Gajah mengamuk, tiga warga emas maut di satu perayaan di Kerala

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Kejadian amukan gajah akibat bunyi mercun semasa sambutan perayaan di Kuil Manakulangara berhampiran Koyilandy, Kerala Khamis lalu.
  • Tiga warga emas meninggal dunia dalam kejadian amukan gajah akibat bunyi mercun semasa sambutan perayaan di Kuil Manakulangara berhampiran Koyilandy, Kerala Khamis lalu.
  • Bunyi mercun menyebabkan gajah tersebut meluru ke arah sebuah bangunan kecil berhampiran kuil lantas melanggar bangunan tersebut.

KERALA – Tiga warga emas meninggal dunia dalam kejadian amukan gajah akibat bunyi mercun semasa sambutan perayaan di Kuil Manakulangara berhampiran Koyilandy, Kerala Khamis lalu.

Menurut pihak polis, gajah-gajah tersebut dibawa untuk perayaan kuil tersebut. Bunyi mercun menyebabkan gajah tersebut meluru ke arah sebuah bangunan kecil berhampiran kuil lantas melanggar bangunan tersebut.

Amukan gajah itu menyebabkan sebahagian dinding runtuh dan menghempap beberapa mangsa.

Menurut maklumat yang diterima setakat ini, runtuhan dinding tersebut menyebabkan kematian dua wanita dan seorang lelaki.

Pegawai dari Balai Polis Koyilandy berkata, keadaan panik dan huru-hara itu turut mengakibatkan kira-kira 20 orang mengalami kecederaan ringan.

Kerajaan dalam satu kenyataan berkata tindakan lanjut akan diambil berdasarkan laporan yang diterima dan siasatan juga akan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat pelanggaran Peraturan Pengurusan dan Penyelenggaraan Gajah Tahanan Kerala.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *