Connect with us

Antarabangsa

Singapura kaji kemungkinan guna tenaga nuklear

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong
  • Singapura telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat mengenai kerjasama nuklear awam dan sedang mengusahakan kerjasama serupa dengan negara lain yang mempunyai keupayaan dan pengalaman dalam bidang tenaga nuklear awam, terutamanya reaktor modular kecil (SMR).

SINGAPURA – Singapura sedang mengkaji penggunaan tenaga nuklear dan menerokai keupayaan pembinaan secara sistematik dalam bidang tersebut.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sewaktu membentangkan Belanjawan 2025.

Menurut Wong, Singapura telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat mengenai kerjasama nuklear awam dan sedang mengusahakan kerjasama serupa dengan negara lain yang mempunyai keupayaan dan pengalaman dalam bidang tenaga nuklear awam, terutamanya reaktor modular kecil (SMR).

“Kita memerlukan keupayaan baharu untuk menilai pilihan, dan untuk mempertimbangkan sama ada terdapat penyelesaian yang boleh digunakan oleh Singapura dengan cara yang selamat, cekap dan berhemat,” jelas Wong.

Pihak berkuasa Singapura sebelum ini dilapor telah menimbangkan penggunaan tenaga nuklear pada 2010, tetapi hasil penilaian lanjut mendapati teknologi nuklear konvensional tidak sesuai untuk Singapura.

Bagaimanapun menurut Wong terdapat kemajuan yang ketara dalam bidang teknologi nuklear sejak itu, dengan pembangunan SMR yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik daripada reaktor konvensional.

Beliau menegaskan bahawa tidak kira sama ada Singapura sedang mengkaji tenaga elektrik, hidrogen atau nuklear, ia perlu membuat “pelaburan besar” pada infrastruktur baharu tersebut.

Justeru Singapura akan memperuntukkan bajet tambahan S$5 bilion kepada Dana Tenaga Masa Hadapan.-The Merdeka Times

Author