Connect with us

Terkini

PM gesa syarikat swasta beri dana, jentera bantu mangsa banjir

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-syarikat swasta untuk menumpukan usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara sama ada dengan memberi dana atau menyiapkan jentera.
  • Anwar berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bawah Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah mengerahkan semua syarikat di bawah mereka untuk membantu.
  • “Dalam keadaan sekarang bukan sahaja dana tapi siapkan jentera biar setiap syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk melihat masalah rakyat dan kemiskinan serta kesusahan mereka, tapi dengan penuh kesabaran,” katanya dipetik media tempatan ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-syarikat swasta untuk menumpukan usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara sama ada dengan memberi dana atau menyiapkan jentera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bawah Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah mengerahkan semua syarikat di bawah mereka untuk membantu.

Beliau berkata institusi perbankan tempatan juga sudah mengambil langkah sendiri untuk membantu.

“Saya seru sektor swasta yang lain turut tumpu perhatian sama ada memberi dana ataupun siapkan jentera.

“Dalam keadaan sekarang bukan sahaja dana tapi siapkan jentera biar setiap syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk melihat masalah rakyat dan kemiskinan serta kesusahan mereka, tapi dengan penuh kesabaran,” katanya dipetik media tempatan ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan angka kematian akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada enam orang semalam, dengan kejadian terbaharu melibatkan dua lelaki warga emas yang lemas ketika memantau haiwan ternakan di Machang, Kelantan petang semalam.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam tadi berbanding 148,024 orang pada 4 petang semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *