Connect with us

Antarabangsa

Perjanjian gencatan senjata Lubnan boleh jadi permulaan gencatan senjata Gaza – Hamas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Seorang anggota kanan Hamas berkata terdapat penyelarasan lengkap antara pemimpin Hamas dan Hizbullah dan perjanjian gencatan senjata di Lubnan boleh menjadi permulaan kepada perjanjian di Gaza.
  • “Kami menyokong hak Lubnan dan Hizbullah untuk mencapai persetujuan yang melindungi rakyat Lubnan dan menghentikan pencerobohan berterusan terhadap mereka,” kata Sami Abu Zuhri dalam temu bual di saluran Al-Alam dipetik Press TV pada Jumaat.
  • Abu Zuhri berkata kumpulan penentangan Palestin itu turut menghargai sokongan Hizbullah kepada rakyat Palestin.
  • “Penjajah zionis tidak dapat mencapai sebarang matlamat mereka selepas 14 bulan… Mereka mengatakan bahawa mereka mahu memulangkan peneroka (haram) yang meninggalkan tanah utara Palestin yang diduduki, tetapi mereka gagal dalam perkara ini juga. Jadi dengan menyasarkan orang awam dan membunuh orang ramai, dan meninggalkan runtuhan, mereka cuba menjadikan diri mereka kelihatan menang,” kata Abu Zuhri.

Seorang anggota kanan Hamas berkata terdapat penyelarasan lengkap antara pemimpin Hamas dan Hizbullah dan perjanjian gencatan senjata di Lubnan boleh menjadi permulaan kepada perjanjian di Gaza.

“Kami menyokong hak Lubnan dan Hizbullah untuk mencapai persetujuan yang melindungi rakyat Lubnan dan menghentikan pencerobohan berterusan terhadap mereka,” kata Sami Abu Zuhri dalam temu bual di saluran Al-Alam dipetik Press TV pada Jumaat.

Abu Zuhri berkata kumpulan penentangan Palestin itu turut menghargai sokongan Hizbullah kepada rakyat Palestin.

“Penjajah zionis tidak dapat mencapai sebarang matlamat mereka selepas 14 bulan.

“Mereka mengatakan bahawa mereka mahu memulangkan peneroka (haram) yang meninggalkan tanah utara Palestin yang diduduki, tetapi mereka gagal dalam perkara ini juga. Jadi dengan menyasarkan orang awam dan membunuh orang ramai, dan meninggalkan runtuhan, mereka cuba menjadikan diri mereka kelihatan menang,” katanya.

Abu Zuhri menegaskan apa yang berlaku di Gaza dari sudut kemanusiaan adalah sesuatu yang tidak dilihat manusia pada abad-abad ini.

“Semua keupayaan perubatan di hospital dan infrastruktur kesihatan sedang disasarkan secara sengaja.

“Di utara Gaza yang telah dikepung hampir dua bulan, hanya tinggal Hospital Kamal Adwan yang boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan dan di utara Gaza, tiada peralatan dan bahan perubatan untuk merawat dan selamatkan yang cedera,” kata Abu Zuhri.

Beliau berkata setiap hari terdapat berpuluh-puluh syahid dan cedera akibat jenayah rejim zionis Israel ke atas Gaza, Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *