Connect with us

Terkini

Siti Bainun tarik balik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. - NSTP
  • Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik balik rayuan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.
  • Peguam, Asyraaf Abu Bakar Hamzah mewakili Siti Bainun, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, pihaknya menerima arahan anak guam untuk menarik permohonan pelaksanaan dan hukuman difailkan di mahkamah sama pada 6 Jun lalu.
  • “Kami mendapat arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan dan akan memfokuskan kes di Mahkamah Rayuan kelak,” katanya dipetik media tempatan ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang kemudian membenarkan permohonan Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran di mahkamah hari ini.
  • Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi pada 3 Mei 2023 dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

KUALA LUMPUR — Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik balik rayuan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.

Peguam, Asyraaf Abu Bakar Hamzah mewakili Siti Bainun, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, pihaknya menerima arahan anak guam untuk menarik permohonan pelaksanaan dan hukuman difailkan di mahkamah sama pada 6 Jun lalu.

“Kami mendapat arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan dan akan memfokuskan kes di Mahkamah Rayuan kelak,” katanya dipetik media tempatan ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang kemudian membenarkan permohonan Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran di mahkamah hari ini.

Pada 2 Mei lalu media melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2023.

Bagaimanapun, Noorin mengarahkan peguam mewakili Siti Bainun untuk memfailkan permohonan lain bagi menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sekiranya perlu.

Pada 20 Mei lalu, Siti Bainun menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Mei 2023 yang menolak permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi pada 3 Mei 2023 dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000 selain diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.— The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *