Connect with us

Terkini

Papan tanda tidak pengaruhi kedatangan pelancong – Pakar Ekonomi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
  • Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, isu utama dalam perkara itu adalah kurangnya kemudahan untuk penjalan kaki, terutama di bandar besar.
  • Isu kekurangan fasiliti bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan awam di mana tempat parkir kenderaan tidak cukup dan sesetengah stesen sambungan agak jauh dari satu sama lain juga faktor lain mempengaruhi pelancong.
  • “Isu-isu ini yang perlu diberi perhatian utama dan isu papan tanda diputuskan dengan segera iaitu kalau dwibahasa mesti Bahasa Melayu dan satu lagi bahasa lain,” katanya kepada The Merdeka Times pada Isnin.
  • Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada ketiadaan papan tanda dwibahasa akan mempengaruhi kedatangan pelancong ke Malaysia.
  • Ini susulan kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada Ahad lalu menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

KUALA LUMPUR — Papan tanda tidak mempengaruhi kedatangan pelancong ke Malaysia, kata pakar ekonomi.

Sebaliknya Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, isu utama dalam perkara itu adalah kurangnya kemudahan untuk penjalan kaki, terutama di bandar besar.

Katanya, isu kekurangan fasiliti bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan awam di mana tempat parkir kenderaan tidak cukup dan sesetengah stesen sambungan agak jauh dari satu sama lain juga faktor lain mempengaruhi pelancong.

“Isu-isu ini yang perlu diberi perhatian utama dan isu papan tanda diputuskan dengan segera iaitu kalau dwibahasa mesti Bahasa Melayu dan satu lagi bahasa lain,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada ketiadaan papan tanda dwibahasa akan mempengaruhi kedatangan pelancong ke Malaysia.

Ini susulan kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada Ahad lalu menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.

Beliau berkata perkara itu secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.

Sebelum ini, DBKL dilapor melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di ibu negara.

Kenyataan King Sing itu mendapat kritikan beberapa pihak, termasuk daripada ahli parti politik pemerintah iaitu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Masjid Tanah dari PN-BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Maszlee antaranya berpandangan pelancong kurang tertarik berkunjung ke Malaysia bukan kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin, sebaliknya promosi pelancongan dilakukan tidak rancak dan beberapa faktor lain seperti produk pelancongan tempatan tidak semeriah negara lain dan kemudahan untuk pelancongan yang tidak bersepadu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata Bangkok, Paris, Moscow, Bali dan London tiada papan tanda tulisan Mandarin, tetapi kebanjiran pelancong di bandar itu jauh melebihi dari Malaysia.

Razman ketika diminta mengulas tentang kenyataan Maszlee secara ringkas berkata beliau bersetuju dengan pandangan berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *