Connect with us

Terkini

Pelajar maut jatuh bangunan sekolah: Jangan disenyapkan, fahami masalah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed
  • Bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed berkata Kementerian Pendidikan (KPM) dan polis perlu bekerjasama dengan ahli akademik untuk mencari permasalahan sebenar dan jalan penyelesaian kepada kes sedemikian supaya ia tidak berulang. 
  • “Antara konsep kaunseling yang perlu ditekankan ialah kaunseling individu. Ia merupakan suatu proses perbincangan antara kaunselor dan klien.
  • “Kaunselor berusaha membimbing klien memahami diri sendiri dan menerima masalah dihadapi, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.
  • “Apapun isu ini diharap jangan disenyapkan. Masalah ini perlu difahami dan tangani secara jujur, ikhlas dan tepat,” katanya kepada The Merdeka Times pada Khamis.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes pelajar maut akibat terjatuh bangunan di Sekolah Persendirian Cina dan bagaimana cara untuk mengelakkan tragedi sebegitu daripada berulang.
  • Ini susulan kes seorang pelajar di sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina di Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah itu, awal pagi semalam.

 

KUALA LUMPUR — Kes membabitkan pelajar maut dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah tidak boleh disenyapkan, sebaliknya ia perlu difahami dan ditangani dengan jujur, ikhlas dan tepat.

Bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed berkata Kementerian Pendidikan (KPM) dan polis perlu bekerjasama dengan ahli akademik untuk mencari permasalahan sebenar dan jalan penyelesaian kepada kes sedemikian supaya ia tidak berulang. 

Abdul Rashid berkata sudah tiba masanya kaunselor yang berwibawa dilantik di setiap sekolah berikutan KPM sedang meningkatkan  program kaunseling di institusi pendidikan terbabit.

“Antara konsep kaunseling yang perlu ditekankan ialah kaunseling individu. Ia merupakan suatu proses perbincangan antara kaunselor dan klien.

“Kaunselor berusaha membimbing klien memahami diri sendiri dan menerima masalah dihadapi, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.

“Apapun isu ini diharap jangan disenyapkan. Masalah ini perlu difahami dan tangani secara jujur, ikhlas dan tepat,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes pelajar maut akibat terjatuh bangunan di Sekolah Persendirian Cina dan bagaimana cara untuk mengelakkan tragedi sebegitu daripada berulang.

Ini susulan insiden seorang pelajar di sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina di Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah itu, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan pihak sekolah dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan kenyataan berkenaan daripada bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, pelajar berusia 16 tahun itu terjatuh dari bangunan sekolah selepas tiba di sekolah dalam insiden berlaku kira-kira jam 6 pagi itu.

Namun, tidak dinyatakan dengan secara jelas bagaimana insiden sebenar berlaku.

Difahamkan, ini insiden kedua pelajar sekolah dilaporkan maut terjatuh dari bangunan sekolah dalam tempoh lebih sebulan selepas BERNAMA pada 2 Oktober lalu melaporkan bahawa polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid  berkata isu sedemikian adalah sangat serius dan tidak diremehkan walaupun jumlahnya agak kecil atau masih kecil.

“Namun dalam jumlah yang kecil sukar bagi kita membuat satu kesimpulan atau jangkaan yang tepat.

“Walau apa pun kes sebegini tidak sepatutnya digeneralisasikan. Ini kerana kemungkinan besar setiap kes mempunyai isu tersendiri,” katanya. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *