Connect with us

Terkini

Tiada hasrat sekat akses platform media sosial tidak mohon lesen – Fahmi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

 

  • Kerajaan Madani setakat ini tidak berhasrat untuk menyekat akses perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing selepas 1 Januari 2025, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Fahmi berkata ia mungkin menjadi ‘langkah terakhir’ diambil kerajaan selepas mengambil tindakan lain berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.
  • “Pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat mengekang akses kepada platform-platform tersebut jadi kita melihat itu adalah ‘the last resort’ kita tidak mahu ke arah itu dan yang penting kita mahu bukan hanya internet lebih laju, lebih murah tapi yang lebih penting internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • Fahmi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta penjelasan sekiranya ada platform media sosial yang tidak mendaftar sebelum tarikh ditetapkan adakah rakyat akan tetap boleh mengakses platform-platform yang disediakan mereka.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani setakat ini tidak berhasrat untuk menyekat akses perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing selepas 1 Januari 2025, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata ia mungkin menjadi ‘langkah terakhir’ diambil kerajaan selepas mengambil tindakan lain berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Adakah sekiranya sesebuah platform itu tidak berdaftar adakah pengguna masih boleh mengakses selepas (langkah pelesenan dikuatkuasakan) 1 Januari 2025… Kita menegaskan bahawa platform-platform yang mempunyai jumlah pengguna lebih 8 juta di Malaysia perlu mendaftar dan ada beberapa tindakan yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap platform-platform tersebut.

“Pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat mengekang akses kepada platform-platform tersebut jadi kita melihat itu adalah ‘the last resort’ kita tidak mahu ke arah itu dan yang penting kita mahu bukan hanya internet lebih laju, lebih murah tapi yang lebih penting internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta penjelasan sekiranya ada platform media sosial yang tidak mendaftar sebelum tarikh ditetapkan adakah rakyat akan tetap boleh mengakses platform-platform yang disediakan mereka.

Wan Saiful turut mengajukan soalan tambahan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian di mana beliau ingin tahu sama ada terdapat libat urus dijalankan bagi memastikan keselarasan dalam proses pelesenan dan proses merangka undang-undang itu.

“Berkenaan isu cadangan RUU Keselamatan Dalam Talian yang sedang dibangunkan pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) waktu ini memang antara Kementerian Komunikasi, MCMC dan BHEUU, ada melakukan banyak sesi libat urus untuk memastikan tidak berlaku pertindihan di antara akta tersebut dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Jadi kedua-dua ini adalah bersifat ‘complementary’ di antara satu sama lain,” kata Fahmi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *