Connect with us

Terkini

Tok kadi tidak dibenarkan ‘buli’ pengantin – JHEAIK

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Logo JHEAIK
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat dakwaan seorang tok kadi atau jurunikah ‘membuli’ pengantin baharu di sebuah masjid dipercayai di Sungai Petani, Kedah.
  • “Sebenarnya, perbuatan ‘membuli’ pengantin baharu ini tidak wajar dan kita tidak benarkan walaupun tidak ada peraturan atau fatwa khusus berkaitan perkara ini di Kedah. Buli itu dilarang sama sekali, tok kadi yang dilantik perlu memudahkan urusan akad nikah, itu sahaja.
  • “Asalkan cukup rukun nikah itu jadilah. Tanya sikit-sikit sajalah jangan sampai jatuh air muka orang itu. Apa-apa pun kita akan siasat dan panggil kedua-dua pihak itu,” kata Pengarah JHEAIK, Datuk Abd Ghani Zainudin dipetik media tempatan di Alor Setar, Kedah pada Selasa.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan rasa kesal menyaksikan insiden seorang tok kadi dan saksi membuli pengantin lelaki, termasuk dengan mengajukan pelbagai soalan yang telah ditanyakan ayah pengantin perempuan, sekali gus menyulitkan urusan nikah.
  • Firdaus Wong yakin apa dilakukan pihak terbabit bukan prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah kerana Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang yang dikenalinya adalah individu suka memudahkan urusan orang.

 

KUALA LUMPUR — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat dakwaan seorang tok kadi atau jurunikah ‘membuli’ pengantin baharu di sebuah masjid dipercayai di Sungai Petani, Kedah.

Pengarahnya, Datuk Abd Ghani Zainudin berkata beliau sudah mengarahkan pegawainya memulakan siasatan berhubung dakwaan itu, termasuk memanggil kedua-dua pihak terlibat.

Beliau berkata pejabat agama daerah akan bertemu dengan kedua-dua pihak terlibat untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

“Sebenarnya, perbuatan ‘membuli’ pengantin baharu ini tidak wajar dan kita tidak benarkan walaupun tidak ada peraturan atau fatwa khusus berkaitan perkara ini di Kedah. Buli itu dilarang sama sekali, tok kadi yang dilantik perlu memudahkan urusan akad nikah, itu sahaja.

“Asalkan cukup rukun nikah itu jadilah. Tanya sikit-sikit sajalah jangan sampai jatuh air muka orang itu. Apa-apa pun kita akan siasat dan panggil kedua-dua pihak itu,” katanya dipetik media tempatan di Alor Setar, Kedah pada Selasa.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan rasa kesal menyaksikan insiden seorang tok kadi dan saksi membuli pengantin lelaki, termasuk dengan mengajukan pelbagai soalan yang telah ditanyakan ayah pengantin perempuan, sekali gus menyulitkan urusan nikah.

Firdaus Wong berkata insiden itu berlaku di Sungai Petani, Kedah ketika beliau menghadiri penikahan sepupu sebelah isterinya di mana antara soalan diajukan saksi adalah berapa set salinan pakaian, bila pergi kursus kahwin dan pengantin lelaki diminta melafazkan syahadah, membaca al-Fatihah dan selawat.

Katanya, beliau yakin apa dilakukan pihak terbabit bukan prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah kerana Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang yang dikenalinya adalah individu suka memudahkan urusan orang.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *