Connect with us

Antarabangsa

Coca-cola tarik balik 28 juta botol di Austria

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Coca-Cola mengeluarkan penarikan semula besar-besaran di Austria kerana 28 juta botol plastik setengah liternya mungkin mengandungi kepingan logam.
  • Penarikan balik itu menjejaskan berjuta-juta liter produk Coca-Cola dengan tarikh terbaik untuk diminum (best before date) antara 4 Februari dan 12 April 2025.
  • Ia membabitkan minuman Coke, Fanta, Sprite dan MezzoMix.
  • “Kami menasihatkan agar tidak mengambil produk yang berpotensi terjejas kerana kemungkinan risiko kesihatan,” kata Coca-Cola dalam kenyataan dipetik DW pada Khamis.
  • Pengilang minuman itu mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam pengeluaran menyebabkan pencemaran logam.
  • Coca-Cola, antara sasaran boikot terhadap syarikat antarabangsa yang menyokong Israel, melaporkan bahawa pendapatan suku ketiga 2024 menunjukkan penurunan dalam hasil bersih.

Coca-Cola telah mengeluarkan penarikan semula besar-besaran di Austria kerana 28 juta botol plastik setengah liternya mungkin mengandungi kepingan logam.

Penarikan balik itu menjejaskan berjuta-juta liter produk Coca-Cola dengan tarikh terbaik untuk diminum (best before date) antara 4 Februari dan 12 April 2025.

Ia membabitkan Coke, Fanta, Sprite dan MezzoMix.

“Kami menasihatkan agar tidak mengambil produk yang berpotensi terjejas kerana kemungkinan risiko kesihatan,” kata Coca-Cola dalam kenyataan dipetik DW pada Khamis.

Coca-Cola berkata ia telah mengambil tindakan itu “sebagai langkah berjaga-jaga dengan kerjasama erat pihak berkuasa Austria” dan penarikan itu hanya terpakai kepada botol setengah liter.

“Semua saiz pek dan pembungkusan lain atau jenama lain tidak terjejas oleh penarikan balik ini,” katanya.

Coca-Cola berkata pengguna boleh memulangkan produk terbabit kepada kedai runcit untuk bayaran balik walaupun tanpa mengemukakan resit.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada pengguna atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya.

Pengilang minuman itu mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam pengeluaran menyebabkan pencemaran logam.

Coca-Cola, antara sasaran boikot terhadap syarikat antarabangsa yang menyokong Israel, melaporkan bahawa pendapatan suku ketiga 2024 menunjukkan penurunan dalam hasil bersih. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *