Terkini
Kerajaan diminta dahulukan dana projek SJKC
- Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mahu Kerajaan Madani mendahulukan peruntukan pembinaan sekolah bagi projek 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu dan pemindahan enam SJKC mikro (10+6 SJKC).
- Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata demikian susulan pengumuman pembinaan 44 sekolah baharu bermula tahun depan.
- Pembinaan sekolah baharu itu diumum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
- “Tapi saya perlu tegaskan tentang Projek 10+6 SJKC, saya berpendapat kerajaan patut memperuntukkan dana untuk menyiapkan projek ini terlebih dahulu, barulah bercakap tentang sekolah baharu.
- “Dalam pembentangan Belanjawan tidak menyebut tentang projek ini. Adakah bermakna ianya akan ditangguh lagi. Walau apa pun kami akan terus membuat tindakan susulan agar sekolah-sekolah ini dapat dibina satu per satu,” kata Lek Aee dalam laporan portal berita Mandarin, Sin Chew Daily pada Ahad lalu.
- Kenyataan Lek Aee itu dirujuk daripada terjemahan artikel berita bahasa Mandarin dikongsikan pengguna Facebook (FB), Rafizah Cian Lin.
KUALA LUMPUR — Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mahu Kerajaan Madani mendahulukan peruntukan pembinaan sekolah bagi projek 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu dan pemindahan enam SJKC mikro (10+6 SJKC).
Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata demikian susulan pengumuman pembinaan 44 sekolah baharu bermula tahun depan.
Pembinaan sekolah baharu itu diumum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
“Tapi saya perlu tegaskan tentang Projek 10+6 SJKC, saya berpendapat kerajaan patut memperuntukkan dana untuk menyiapkan projek ini terlebih dahulu, barulah bercakap tentang sekolah baharu.
“Dalam pembentangan Belanjawan tidak menyebut tentang projek ini. Adakah bermakna ianya akan ditangguh lagi. Walau apa pun kami akan terus membuat tindakan susulan agar sekolah-sekolah ini dapat dibina satu per satu,” kata Lek Aee dalam laporan portal berita Mandarin, Sin Chew Daily pada Ahad lalu.
Kenyataan Lek Aee itu dirujuk daripada terjemahan artikel berita bahasa Mandarin dikongsikan pengguna Facebook (FB), Rafizah Cian Lin.
Rafizah dalam perkongsiannya di Facebook pada Khamis memuat naik poster bertulis, ‘Belanjawan tidak menyebut tentang projek 10+6 SJKC — Cheah Lek Aee: Kerajaan patut memperuntukkan dana bagi menyiapkannya dahulu’.
Mengulas kenyataan menteri berkenaan, Lek Aee mentafsirkannya sebagai “Pasti ada, cuma tak pasti berapakah bilangan sekolahnya” dan akan diketahui melalui pengumuman menteri kelak.
Lek Aee berkata demikian ketika dijemput berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pengetahuan Am Pendidikan Cina Peringkat Kebangsaan dan majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa baharu Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina Malaysia ke-15 di Seremban. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/