Terkini
Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia, manakala KL tercorot – DOSM
Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat, manakala Kuala Lumpur mencatatkan kadar jenayah tertinggi, demikian menurut penilaian kadar jenayah di Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini.
- Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat, manakala Kuala Lumpur mencatatkan kadar jenayah tertinggi, demikian menurut penilaian kadar jenayah di Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini.
- Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan trend jenayah dan perubahan dalam keselamatan di seluruh negara pada 2023 berbanding 2022.
- Data terkini itu menunjukkan Sabah berada di kedudukan pertama negeri paling selamat dengan anggaran kadar indeks jenayah 95 bagi setiap 100,000 penduduk.
- Kelantan mengikuti rapat dengan markah 96 dan Terengganu di kedudukan ketiga dengan markah 100 dalam kadar indeks jenayah itu.
- Lima negeri mencatatkan kadar jenayah melebihi purata negara (markah 149) iaitu Kuala Lumpur mencatatkan kadar tertinggi pada 221, diikuti Selangor pada 196, Kedah (193), Pulau Pinang (193) dan Negeri Sembilan (159) dalam kadar indeks jenayah.
KUALA LUMPUR – Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat, manakala Kuala Lumpur mencatatkan kadar jenayah tertinggi, demikian menurut penilaian kadar jenayah di Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan trend jenayah dan perubahan dalam keselamatan di seluruh negara pada 2023 berbanding tahun 2022.
Data terkini itu menunjukkan Sabah berada di kedudukan pertama negeri paling selamat dengan anggaran kadar indeks jenayah 95 bagi setiap 100,000 penduduk.
Kelantan mengikuti rapat dengan markah 96 dan Terengganu di kedudukan ketiga dengan markah 100 dalam kadar indeks jenayah itu.
Lima negeri mencatatkan kadar jenayah melebihi purata negara (markah 149) iaitu Kuala Lumpur mencatatkan kadar tertinggi pada 221, diikuti Selangor pada 196.
Kedah dan Pulau Pinang kedua-duanya merekodkan markah 193 dan Negeri Sembilan dengan markah 159 dalam kadar indeks jenayah.
Data juga menunjukkan negara mengalami peningkatan 3.2 peratus dalam jenayah pada 2023.
Jumlah indeks jenayah meningkat daripada 50,813 kes pada 2022 kepada 52,444 kes, menjadikan kadar jenayah nasional 149 bagi setiap 100,000 orang berbanding 146 pada tahun sebelumnya.
Menurut DOSM, penyusunan statistik itu berdasarkan garis panduan International Classification of Crime for Statistical Purpose Version 1.0 diterbitkan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). – The Merdeka Times