Antarabangsa
BRICS bukan bertujuan ‘jatuhkan dolar’ – Kremlin
Negara anggota BRICS tidak menyasarkan dolar AS atau mata wang lain, kata Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada RIA Novosti pada Selasa.
- Negara anggota BRICS tidak menyasarkan dolar AS atau mata wang lain, kata Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada RIA Novosti pada Selasa.
- Peskov menolak spekulasi media Barat kononnya peserta Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan bermula Selasa hingga Khamis (esok) berhasrat untuk membincangkan “rancangan untuk mengalahkan dolar”.
- “Kerjasama dalam BRICS tidak ditujukan kepada sesiapa atau apa-apa – tidak terhadap dolar mahupun terhadap mata wang lain,” kata Peskov dipetik RT.
- Artikel diterbitkan The Economist pada Ahad mendakwa Presiden Russia, Vladimir Putin merancang untuk “membina sistem pembayaran kewangan global baharu untuk menyerang penguasaan kewangan global Amerika dan melindungi Russia dan rakan-rakannya daripada sekatan”.
- BRICS merupakan kumpulan kerjasama ekonomi dianggotai Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan serta empat ahli terbarunya iaitu Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
- Malaysia sebelum ini turut menyuarakan hasratnya untuk menyertai kumpulan kerjasama ekonomi itu, malah turut menghantar wakil (menteri ekonomi) ke Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, minggu ini.
Negara anggota BRICS tidak menyasarkan dolar AS atau mata wang lain, kata Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada RIA Novosti pada Selasa.
Menurutnya, negara anggota kumpulan kerjasama ekonomi itu bekerjasama dalam mengejar kepentingan mereka sendiri.
Peskov menolak spekulasi media Barat kononnya peserta Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan bermula Selasa hingga Khamis (esok) berhasrat untuk membincangkan “rancangan untuk mengalahkan dolar”.
“Kerjasama dalam BRICS tidak ditujukan kepada sesiapa atau apa-apa – tidak terhadap dolar mahupun terhadap mata wang lain,” kata Peskov dipetik RT.
Artikel diterbitkan The Economist pada Ahad mendakwa Presiden Russia, Vladimir Putin merancang untuk “membina sistem pembayaran kewangan global baharu untuk menyerang penguasaan kewangan global Amerika dan melindungi Russia dan rakan-rakannya daripada sekatan”.
BRICS merupakan kumpulan kerjasama ekonomi dianggotai Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan serta empat ahli terbarunya iaitu Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Malaysia sebelum ini turut menyuarakan hasratnya untuk menyertai kumpulan kerjasama ekonomi itu, malah turut menghantar wakil (menteri ekonomi) ke Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, minggu ini.
Kementerian Kewangan Russia awal tahun ini mendedahkan bahawa negara itu sedang berusaha untuk mewujudkan infrastruktur penyelesaian dan pembayaran bersama-sama dengan bank pusat negara anggota BRICS.
Sistem kewangan baharu – platform ‘BRICS Bridge’ – akan direka bentuk untuk penyelesaian dalam mata wang negara dan akan bebas daripada dominasi pihak ketiga.
Mekanisme itu dikatakan boleh memberi peluang kepada negara anggota untuk membuat penyelesaian menggunakan aset digital bank pusat yang dikaitkan dengan mata wang negara, kata Menteri Kewangan Anton Siluanov.
Russia juga dilaporkan telah meningkatkan usaha untuk beralih dari sistem SWIFT, memandangkan banyak institusi kewangan negara itu telah terputus daripada rangkaian kewangan Barat pada 2022. – The Merdeka Times