Teknologi
HONOR X9c 5G akan dilancar di Malaysia
- Satu lagi peranti baru di bawah siri HONOR X iaitu X9c 5G akan diperkenalkan
- HONOR Malaysia menyifatkan peranti keluaran terbaru mereka sebagai kembalinya “Raja Ketahanan” apabila dipersiapkan dengan spesifikasi anti-jatuh tiga kali ganda.
- Ia hadir dengan rekaan kamera belakang jenis bulat dengan tetapan tri-kamera.
- Pilihan warna yang tersedia pula adalah Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.
HONOR Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru di bawah siri HONOR X iaitu X9c 5G yang memfokuskan kepada keupayaan yang lasak dan kukuh sesuai untuk penggunaan yang ekstrem.
Melalui akaun Facebook rasmi mereka, HONOR Malaysia menyifatkan peranti keluaran terbaru mereka sebagai kembalinya “Raja Ketahanan” apabila dipersiapkan dengan spesifikasi anti-jatuh tiga kali ganda.
Walaupun tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh HONOR Malaysia, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan hadir dengan teknologi HONOR Ultra-bounce Anti-Drop dan pensijilan SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification yang menjanjikan ketahanan untuk jangka masa panjang.
HONOR Malaysia bagaimanapun telah berkongsi secara ringkas mengenai rekaan peranti ini.
Ia hadir dengan rekaan kamera belakang jenis bulat dengan tetapan tri-kamera. Panel belakang peranti ini menggunakan kemasan jenis kesat dengan rekaan jenis melengkung.
Pilihan warna yang tersedia pula adalah Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.
Model ini dijangka akan menjadi pilihan pengguna seperti model sebelumnya yang telah berjaya dijual lebih dari 300,000 unit sejak ia mula diperkenalkan pada November 2023 sekaligus menjadikan ia peranti kelas pertengahan paling laris dengan harga bawah RM1200.- The Merdeka Times