Connect with us

Terkini

50 ekar projek strategik Bandar Malaysia jadi Tanah Rizab Melayu

Kerajaan MADANI bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak diabaikan supaya keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar dipertahankan.
  • “PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR —  Kerajaan MADANI bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak diabaikan supaya keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar dipertahankan.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan MADANI telah bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.

“PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *