Connect with us

Terkini

Belanjawan 2025: RM2 bilion diperuntukkan untuk hal ehwal Islam

Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk kegunaan hal ehwal Islam dalam Belanjawan Madani Ketiga 2025, meningkat berbanding RMI.9 bilion pada tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk kegunaan hal ehwal Islam dalam Belanjawan Madani Ketiga 2025, meningkat berbanding RMI.9 bilion pada tahun ini.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan hari ini berkata sejumlah RM150 juta diberikan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat bagi memperkasakan intitusi pendidikan Islam.
  • Bagi menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM 500 dengan peruntukan RM 35 juta.

KUALA LUMPUR —  Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk kegunaan hal ehwal Islam dalam Belanjawan Madani Ketiga 2025, meningkat berbanding RMI.9 bilion pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan hari ini berkata sejumlah RM150 juta diberikan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat bagi memperkasakan intitusi pendidikan Islam.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata kerajaan juga bersetuju menambah kuota guru program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

Bagi menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Anwar berkata kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM 500 dengan peruntukan RM 35 juta.

Selain itu, bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut RM100. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *