Connect with us

Terkini

Kontraktor makanan MRSM wajib guna bahan mentah pengeluar Bumiputera, halal

Semua kontraktor makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) wajib menggunakan atau mengambil barangan dan bahan mentah daripada pengeluar Bumiputera dan yang mempunyai sijil halal sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar baharu itu akan berkuat kuasa tahun depan selepas kontrak baharu ditandatangani pada September lalu.
  • “Dasar baharu yang saya perkenalkan semua kontraktor makan mesti menggunakan atau mengambil barangan dan bahan mentah daripada pengeluar BUMIPUTERA DAN ADA SIJIL HALAL YANG SAH sahaja. 
  • “Dasar ini bermula kontrak baru yang ditanda-tangani September 2024,” kata Asyraf Wajdi di ruangan komen hantaran Facebooknya pada Khamis selepas melakukan tinjauan mengejut di MRSM Alor Gajah, Melaka dan sempat meluangkan masa memeriksa kualiti makanan di dewan makan dan hidangan disediakan kepada pelajar.

KUALA LUMPUR — Semua kontraktor makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) wajib menggunakan atau mengambil barangan dan bahan mentah daripada pengeluar Bumiputera dan yang mempunyai sijil halal sahaja.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar baharu itu akan berkuat kuasa tahun depan selepas kontrak baharu ditandatangani pada September lalu.

Sebagai contoh, Asyraf Wajdi  berkata bekalan barang mentah dan bekalan lain seperti kicap, sos, mee, ayam dan sebagainya mestilah diambil daripada pengeluar Bumiputera dan mempunyai sijil Halal.

“Dasar baharu yang saya perkenalkan semua kontraktor makan mesti menggunakan atau mengambil barangan dan bahan mentah daripada pengeluar BUMIPUTERA DAN ADA SIJIL HALAL YANG SAH sahaja. 

“Dasar ini bermula kontrak baru yang ditanda-tangani September 2024,” kata Asyraf Wajdi di ruangan komen hantaran Facebooknya pada Khamis selepas melakukan tinjauan mengejut di MRSM Alor Gajah, Melaka dan sempat meluangkan masa memeriksa kualiti makanan di dewan makan dan hidangan disediakan kepada pelajar.

Foto: Tangkap layar komen Asyraf Wajdi di Facebooknya

Pada September lalu, semua kontraktor makanan MARA dilaporkan wajib mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal dan produk bumiputera serta mempunyai sijil halal.

Foto: Tangkap layar petikan klip video Asyraf Wajdi di MRSM Alor Gajah, Melaka

Asyraf Wajdi berkata dasar itu dibuat bagi membantu dan memperkasakan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) Bumiputera mengembangkan perniagaan seterusnya berdaya saing dan maju.

Dasar berkenaan juga bagi memastikan aspek halalan toyyiban diberi perhatian serius berasaskan nilai ketaqwaan.

“Insya-Allah saya juga sudah meminta agar pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pentadbir MRSM dan pegawai-pegawai Mara daerah dan negeri secara berkala.

“Saya sendiri pada bila-bila masa akan turun secara mengejut untuk memastikan aspek pematuhan ini diambil berat,” katanya dipetik media tempatan

Beliau juga menegaskan mana-mana kontraktor MARA didapati culas atau melanggar syarat ditetapkan, maka kontrak mereka boleh ditamatkan serta-merta. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *