Connect with us

Terkini

Kedai makan, medan selera ‘hotspot’ terbaharu aktiviti persundalan

Pasukan KL Strike Force yang ditubuhkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew di sini sebagai hotspot terbaharu aktiviti persundalan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan KL Strike Force ditubuhkan Jabatan Wilayah Persekutuan mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew di KL sebagai hotspot terbaharu aktiviti persundalan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  • Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata modus operandi sindiket persundalan itu bertambah kreatif dengan menjadikan premis-premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan tidak bermoral itu.
  • “Malahan, memasuki era pasca normal, cabaran KL Strike Force adalah membanteras kegiatan persundalan yang mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital. Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini.
  • “Dalam hal ini, kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force semudah dengan menggunakan #KLStrikeForce di hantaran sosial media,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Pasukan KL Strike Force yang ditubuhkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew di sini sebagai hotspot terbaharu aktiviti persundalan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata modus operandi sindiket persundalan itu bertambah kreatif dengan menjadikan premis-premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan tidak bermoral itu.

“Malahan, memasuki era pasca normal, cabaran KL Strike Force adalah membanteras kegiatan persundalan yang mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital. Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini.

“Dalam hal ini, kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force semudah dengan menggunakan #KLStrikeForce di hantaran sosial media,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan mengenai aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit dan kebanjiran penjaja warga asing di Kuala Lumpur masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan.

Dr Zaliha yang juga Penasihat KL Strike Force berkata unit khas itu telah melaksanakan serbuan terhadap 209 premis di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan persundalan sejak ditubuhkan pada 27 Mei lepas.

Menerusi serbuan yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain itu beliau berkata seramai 781 orang telah ditangkap melibatkan 149 warga tempatan dan 632 warga asing dan mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan tiada pengurangan ke atas kes persundalan di Kuala Lumpur kerana data tahun 2023 menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan sahaja berbanding suku ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengetuai operasi bersepadu melalui inisiatif Smart Partnership antara agensi-agensi kerajaan ke atas premis perniagaan warga asing dengan sebanyak empat siri operasi bersepadu telah dilaksanakan hingga September lepas.

“Menerusi operasi itu, sebanyak 11 premis perniagaan dipantau dan daripada jumlah itu sebanyak empat premis diambil tindakan tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 ekoran dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing,” katanya.

Beliau berkata sebanyak lapan siri Tindakan Khas Ke Atas Premis-Premis Perniagaan Oleh Warga Asing turut dilaksanakan dan sebanyak 59 premis perniagaan telah dipantau hingga September lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 premis ditutup serta-merta, 53 notis kesalahan dikeluarkan, 22 tindakan sitaan dilaksanakan dan 22 kertas siasatan dibuka.

“Seterusnya bagi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing, sebanyak 21 siri tindakan khas telah dilaksanakan hingga September lepas, sejumlah 2,261 kes sitaan terhadap penjaja warga asing dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *