Terkini
Orang awam tidak wajib ketahui perincian akidah, termasuk al-Asha’irah
Orang awam tidak diwajibkan dan tidak dituntut mengetahui perincian akidah, termasuk akidah al-Asha’irah dengan dalil terperinci (tafsili), bahkan mereka hanya diwajibkan untuk mengetahui dengan dalil ringkas (ijmali) sahaja.
- Orang awam tidak diwajibkan dan tidak dituntut mengetahui perincian akidah, termasuk akidah al-Asha’irah dengan dalil terperinci (tafsili), bahkan mereka hanya diwajibkan untuk mengetahui dengan dalil ringkas (ijmali) sahaja.
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata ketidakfahaman orang awam tidak memberi kesan kepada kesepakatan para ulama terhadap akidah itu, kerana apa yang diambil kira dalam penentuan majoriti tersebut ialah daripada kalangan mujtahid dan ulama muktabar.
- “Justeru itu, tiada keperluan untuk bertanya berkaitan perincian dalam ilmu Akidah kepada orang awam secara individu kerana ia tidak menjadi kewajipan dan keperluan bagi mereka untuk mengetahuinya. Bagi orang awam, kewajipan keimanan mereka adalah mengikut kadar keupayaan akal mereka,” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
- Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab soalan dikemukakan seorang individu yang bertanyakan tentang bagaimanakah akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah (al-Asha’irah dan al-Maturidiah’) disebutkan sebagai pegangan majoriti umat Islam, sedangkan istilah al-Asha’irah dan al-Maturidiah’ itu ramai orang awam tidak mengetahuinya.
KUALA LUMPUR —- Orang awam tidak diwajibkan dan tidak dituntut mengetahui perincian akidah, termasuk akidah al-Asha’irah dengan dalil terperinci (tafsili), bahkan mereka hanya diwajibkan untuk mengetahui dengan dalil ringkas (ijmali) sahaja.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata ketidakfahaman orang awam tidak memberi kesan kepada kesepakatan para ulama terhadap akidah itu, kerana apa yang diambil kira dalam penentuan majoriti tersebut ialah daripada kalangan mujtahid dan ulama muktabar. Katanya, fakta secara jelas menunjukkan majoriti ulama ummah berpegang dengan akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah (al-Asha’irah dan al-Maturidiah’).
“Orang awam tidak dituntut untuk mengetahui dalil secara terperinci (tafsili) bagi keimanan mereka, bahkan memadai dengan mengetahui secara ringkas (ijmali) sahaja mengikut kemampuan mereka.
“Justeru itu, tiada keperluan untuk bertanya berkaitan perincian dalam ilmu Akidah kepada orang awam secara individu kerana ia tidak menjadi kewajipan dan keperluan bagi mereka untuk mengetahuinya. Bagi orang awam, kewajipan keimanan mereka adalah mengikut kadar keupayaan akal mereka.
“Asas kepada pernyataan tersebut ialah hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa umatnya tidak akan berhimpun dalam kesesatan dan seruan untuk bersama golongan terbesar dalam kalangan umat Islam atau al-sawād al-a’zham.
“Antara sabda Rasulullah SAW dalam Riwayat al-Hakim: Allah SWT tidak akan menghimpunkan umat ini dalam kesesatan selama-lamanya. Ikutilah kalian semua kepada al-sawad al-a‘zham. Yadd (pertolongan) Allah SWT bersama-sama dengan al-Jama‘ah. Sesiapa yang mengasingkan diri, dia mengasingkan diri ke neraka,” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab soalan dikemukakan seorang individu yang bertanyakan tentang bagaimanakah akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah (al-Asha’irah dan al-Maturidiah’) disebutkan sebagai pegangan majoriti umat Islam, sedangkan istilah al-Asha’irah dan al-Maturidiah’ itu ramai orang awam tidak mengetahuinya. — The Merdeka Times