Antarabangsa
Lebih 800 veteran tentera gay, lesbian AS diberi pelepasan terhormat
Pentagon mengumumkan lebih 800 veteran yang dibuang daripada tentera AS kerana orientasi seksual mereka akan menerima pelepasan terhormat, lapor BBC News.
- Pentagon mengumumkan lebih 800 veteran yang dibuang daripada tentera AS kerana orientasi seksual mereka akan menerima pelepasan terhormat, lapor BBC News.
- Di bawah dasar “Jangan Tanya, Jangan Beritahu” berkuat kuasa dari 1994 hingga 2011, beribu-ribu anggota perkhidmatan gay, lesbian dan biseksual secara terbuka telah dipisahkan daripada tentera.
- Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam kenyataan pada Selasa berkata hampir kesemua 13,500 individu yang dilepaskan di bawah dasar “Jangan Tanya, Jangan Beritahu” mendapat pelepasan terhormat selepas semakan dasar itu.
- Ramai veteran AS dikatakan diberi pelepasan kurang memuaskan, menghalang mereka daripada menerima faedah veteran seperti penjagaan kesihatan, pinjaman pelajar dan bantuan tuisyen.
- AS baru-baru ini mengubah pendiriannya terhadap golongan gay dan biseksual yang berkhidmat dalam angkatan tentera.
Pentagon mengumumkan lebih 800 veteran yang dibuang daripada tentera AS kerana orientasi seksual mereka akan menerima pelepasan terhormat, lapor BBC News.
Di bawah dasar “Jangan Tanya, Jangan Beritahu” berkuat kuasa dari 1994 hingga 2011, beribu-ribu anggota perkhidmatan gay, lesbian dan biseksual secara terbuka telah dipisahkan daripada tentera.
Ramai dikatakan diberi pelepasan kurang memuaskan, menghalang mereka daripada menerima faedah veteran seperti penjagaan kesihatan, pinjaman pelajar dan bantuan tuisyen.
Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam satu kenyataan pada Selasa memberi penghormatan kepada kelompok itu yang berkorban untuk negara tetapi “ditolak kerana orang yang mereka sayangi”.
Katanya, hampir kesemua 13,500 individu yang dilepaskan di bawah dasar “Jangan Tanya, Jangan Beritahu” mendapat pelepasan terhormat selepas semakan dasar itu.
Kurang setahun lalu, Austin adalah individu yang meminta tentera mula menyemak rekod veteran untuk kemungkinan meningkatkan status pelepasan.
AS baru-baru ini mengubah pendiriannya terhadap golongan gay dan biseksual yang berkhidmat dalam angkatan tentera.
Presiden Joe Biden pada Jun lalu dilaporkan mengeluarkan pengampunan kepada beribu-ribu anggota perkhidmatan yang disabitkan dengan jenayah di bawah undang-undang tentera berdasarkan orientasi seksual mereka. – The Merdeka Times