Connect with us

Antarabangsa

Jet pejuang AS-UK serang Yaman

Kumpulan Houthi Yaman pada Isnin melaporkan dua lagi serangan udara Amerika Syarikat-United Kingdom (AS-UK) menyasarkan wilayah Al-Hudaydah di barat Yaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Houthi Yaman pada Isnin melaporkan dua lagi serangan udara Amerika Syarikat-United Kingdom (AS-UK) menyasarkan wilayah Al-Hudaydah di barat Yaman.
  • “Pencerobohan AS-UK disasarkan dengan dua serbuan di daerah Al-Salif di wilayah Al-Hudaydah,” kata TV Al-Masirah dikendalikan Houthi dalam satu kenyataan ringkas dipetik agensi berita Anadolu.
  • Kenyataan itu bagaimanapun tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan material daripada serangan udara itu.
  • Sejak awal 2024, pakatan diketuai AS melakukan serangan udara yang dikatakan menyasarkan lokasi Houthi di wilayah Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu di Laut Merah. 
  • Houthi menyasarkan kapal kargo Israel atau yang dikaitkan dengan Tel Aviv di Laut Merah sebagai tanda solidariti dengan Gaza yang berdepan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober 2023.

Kumpulan Houthi Yaman pada Isnin melaporkan dua lagi serangan udara Amerika Syarikat-United Kingdom (AS-UK) menyasarkan wilayah Al-Hudaydah di barat Yaman. 

“Pencerobohan AS-UK disasarkan dengan dua serbuan di daerah Al-Salif di wilayah Al-Hudaydah,” kata TV Al-Masirah dikendalikan Houthi dalam satu kenyataan ringkas dipetik agensi berita Anadolu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan material daripada serangan udara itu.

Al-Hudaydah ialah wilayah sasaran di Yaman oleh serangan udara Amerika dan British, menempatkan lapangan terbang antarabangsa dan tiga pelabuhan penting selain jalur pantai yang panjang.

Tiada sebarang komen daripada AS atau UK mengenai insiden serangan itu setakat ini.

Sejak awal 2024, pakatan diketuai AS melakukan serangan udara yang dikatakan menyasarkan lokasi Houthi di wilayah Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu di Laut Merah. 

Houthi menyasarkan kapal kargo Israel atau yang dikaitkan dengan Tel Aviv di Laut Merah sebagai tanda solidariti dengan Gaza yang berdepan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober 2023.

Ekoran campur tangan Washington dan London, Houthi Yaman mengumumkan bahawa mereka kini menganggap semua kapal Amerika dan British sebagai sasaran tentera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *