Terkini
(VIDEO) Mereka di Gaza lebih layak terima Hadiah Keamanan Nobel – Nihon Hidankyo
Nihon Hidankyo, kumpulan mangsa bom atom Hiroshima dan Nagasaki yang terselamat, yang dinobatkan penerima Hadiah Keamanan Nobel pada Jumaat memberi amaran bahawa apa dilihat di Gaza pada hari ini seakan-akan Jepun 80 tahun yang lalu.
Nihon Hidankyo, kumpulan mangsa bom atom Hiroshima dan Nagasaki yang terselamat, yang dinobatkan penerima Hadiah Keamanan Nobel pada Jumaat memberi amaran bahawa apa dilihat di Gaza pada hari ini seakan-akan Jepun 80 tahun yang lalu.
Pengerusi bersama Nihon Hidankyo, Toshiyuki Mimaki menitiskan air mata pada sidang akhbar selepas kemenangan anugerah itu diumumkan.
“Tidak pernah saya bermimpi perkara ini boleh berlaku. Mereka memilih Nihon Hidankyo? Saya fikir mereka yang berjuang keras untuk keamanan di Gaza lebih layak menerimanya,” kata dalam klip video Al Jazeera.
Jawatankuasa Nobel Norway di Oslo menganugerahkan kumpulan itu Hadiah Nobel “atas usaha mencapai dunia bebas senjata nuklear dan menunjukkan melalui keterangan saksi bahawa senjata nuklear tidak sepatutnya digunakan lagi”.
Mimaki turut mengakui gambaran ngeri dilihatnya pada hari ini di Gaza merupakan insiden yang pernah disaksikannya suatu masa dahulu.
“Imej kanak-kanak di Gaza yang berlumuran darah dalam pelukan ibu bapa mereka mengingatkan saya kepada Jepun 80 tahun yang lalu.
“(Kanak-kanak) Kehilangan bapa mereka dalam peperangan dan kehilangan ibu mereka akibat bom nuklear. Mereka menjadi anak yatim,” kata Mimaki.
Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom atom pertama di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 yang membunuh lebih 140,000 rakyat Jepun, sekaligus membawa kepada penamatan perang dunia kedua.— The Merdeka Times
View this post on Instagram