Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Toyota henti taja acara pro-LGBTQ

Toyota tidak akan lagi menaja perarakan LGBTQ atau melaksanakan dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar aktivis anti-woke dan pembuat filem, Robby Starbuck mendedahkan beberapa inisiatif woke syarikat itu.

Toyota tidak akan lagi menaja perarakan LGBTQ atau melaksanakan dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI).

Toyota Motor Corp merancang untuk menjauhkan diri daripada acara DEI dan pro-LGBTQ selepas ia baru-baru ini berdepan kontroversi dalam talian, demikian menurut laporan News.com.au pada Selasa lalu.

Bloomberg melaporkan syarikat itu menghantar memo kepada pekerjanya di Amerika Syarikat (AS) mengatakan ia akan “mengecilkan aktiviti komuniti untuk diselaraskan dengan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan kesediaan tenaga kerja” serta tidak lagi menyertai Indeks Kesaksamaan Korporat oleh Kempen Hak Asasi Manusia.

Seminggu sebelum itu, aktivis anti-woke dan pembuat filem, Robby Starbuck mendedahkan beberapa inisiatif woke syarikat itu, termasuk tindakan membiayai kumpulan menentang undang-undang untuk mengharamkan rawatan peralihan jantina untuk kanak-kanak, pembentukan Kumpulan Sumber Pekerja (ERG) yang dibahagikan mengikut kaum dan orientasi jantina serta penajaan program ratu pondan di kem musim panas untuk kanak-kanak.

Robby pada 4 Oktober lalu di Instagramnya memuji keputusan Toyota dan berkongsi lebih banyak kandungan memo perubahan dasar Toyota itu.

Dalam mesej kepada pekerjanya, Toyota dilaporkan berkata walaupun mereka akan terus “menggalakkan persekitaran yang inklusif di mana kepelbagaian pemikiran dapat berkembang”, syarikat itu akan memberi tumpuan utama kepada aktiviti mempromosikan kualiti perniagaan.

“Saya harus memberi kredit kepada eksekutif (Toyota) kerana mengambil tindakan bersepadu ini.

“Ia bukan mudah untuk dilakukan tetapi mereka sedang mempersiapkan perniagaan mereka untuk kejayaan masa depan dengan mengambil pendekatan berkecuali badan korporat.

“Syarikat yang mengamalkan keberkecualian akan berjaya di masa hadapan kerana mereka tidak melanggar teras kepercayaan pengguna yang mereka bergantung dengannya,” kata Robby di X.

Jurucakap Toyota turut menggambarkan impak pendedahan Robby terhadap syarikat automotif itu.

“Serangan awam Robby menimbulkan ratusan pertanyaan daripada pekerja, soalan daripada sebahagian kecil pengedar dan sekitar 30 panggilan pelanggan ke pusat panggilan, menyifatkan kesannya sebagai ‘tidak ketara’,” kata jurucakap Toyota. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *