Connect with us

Terkini

GISBH: PDRM siasat dakwaan unsur jihad militan diterap pada kanak-kanak diselamatkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikendalikan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • PDRM menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan cuba diserapkan kepada kanak-kanak diselamatkan dari rumah amal dikendalikan GISBH.
  • “Siasatan kini menjurus ke arah itu (penayangan video militan) walaupun sepanjang siasatan dan sidang media, saya tidak menyentuh isu berkenaan.
  • “Tetapi kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang mereka berada di rumah amal terbabit,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
  • Kelmarin, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata fahaman jihad militan dipercayai diserapkan ke dalam diri kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal berkenaan.
  • Penerapan elemen itu dilakukan melalui tayangan video ketika masa lapang kanak-kanak berkenaan.

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikendalikan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan bahawa kanak-kanak berkenaan ditayangkan video berunsur militan ketika mereka berada di rumah amal berkenaan.

“Siasatan kini menjurus ke arah itu (penayangan video militan) walaupun sepanjang siasatan dan sidang media, saya tidak menyentuh isu berkenaan.

“Tetapi kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang mereka berada di rumah amal terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Kelmarin, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah ketika berucap di Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz ke-21 di Klang berkata fahaman jihad militan dipercayai diserapkan ke dalam diri kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal berkenaan.

Beliau berkata penerapan elemen itu dilakukan melalui tayangan video ketika masa lapang kanak-kanak berkenaan.

Menurut Mohammad Fahmi, maklumat itu diperoleh daripada pihak PDRM. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *