Terkini
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
Netizen berbangsa Cina meminta kaedah pendidikan kaum itu, termasuk di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), disemak semula ekoran insiden seorang pelajar perempuan maut setelah terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah, baru-baru ini.
- Netizen berbangsa Cina meminta kaedah pendidikan kaum itu, termasuk di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), disemak semula ekoran insiden seorang pelajar perempuan maut setelah terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah, baru-baru ini.
- Perkara itu dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan beberapa komen netizen berbahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, difahamkan dipetik daripada media sosial akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh.
- Rafizah dalam perkongsiannya di Facebook memuat naik poster bertulis, “Kes pelajar perempuan jatuh dari bangunan di sekolah — Polis: Disyaki alami gangguan tekanan perasaan” yang turut mengandungi pelbagai komen netizen mengenai sistem pendidikan Cina.
- “Kaedah pendidikan orang Cina patut disemak semula,” kata netizen pertama dalam bahasa Mandarin.
- “Tekanan kerja, sekolah SMPC sememangnya terlalu berat, buat sampai nangis,” komen netizen lain.
- “Ada perkara yang perlu disemak semula! SMPC (Ulang gred) beri tekanan kepada pelajar! Patut dihapuskan! Semoga tragedi sama tak berulang! Daripada mengenang, yang lepas lebih baik beri tumpuan kepada yang sekarang! Sedarlah (Jiao Zong) jangan kekal di takuk lama! Takziah,” tegas netizen lain yang profilenya ditutup.
KUALA LUMPUR – Netizen berbangsa Cina meminta kaedah pendidikan kaum itu, termasuk di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), disemak semula ekoran insiden seorang pelajar perempuan maut setelah terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah, baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan beberapa komen netizen berbahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, difahamkan dipetik daripada media sosial akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh.
Rafizah dalam perkongsiannya di Facebook memuat naik poster bertulis, “Kes pelajar perempuan jatuh dari bangunan di sekolah — Polis: Disyaki alami gangguan tekanan perasaan” yang turut mengandungi pelbagai komen netizen mengenai sistem pendidikan Cina.
Terdapat netizen mendakwa sistem SMPC yang mengamalkan kaedah pengulangan gred (mengulangi tingkatan diduduki jika pelajar gagal) memberikan tekanan kepada pelajar.
Terdapat juga netizen mendakwa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) adalah lebih baik.
“Kaedah pendidikan orang Cina patut disemak semula,” kata netizen pertama dalam bahasa Mandarin.
“Ya, lagipun Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak mengikut kurikulum kerajaan. Jadi boleh jadikan sekolah antarabangsa sebagai rujukan, pendidikan tradisional Cina yang padat dengan ujian tidak sesuai untuk zaman ini,” komen netizen kedua yang memberi maklum balas kepada komen netizen pertama.
“Tekanan kerja, sekolah SMPC sememangnya terlalu berat, buat sampai nangis,” komen netizen lain.
“Ada perkara yang perlu disemak semula! SMPC (Ulang gred) beri tekanan kepada pelajar! Patut dihapuskan! Semoga tragedi sama tak berulang! Daripada mengenang, yang lepas lebih baik beri tumpuan kepada yang sekarang! Sedarlah (Jiao Zong) jangan kekal di takuk lama! Takziah,” tegas netizen lain yang profilenya ditutup.
Difahamkan, Rafizah adalah seorang guru bahasa Mandarin yang sering berkongsikan reaksi netizen daripada akhbar berbahasa Cina antara lain membabitkan isu pendidikan Cina, Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa kebangsaan. — The Merdeka Times