Terkini
Johor tidak mundur jika cuti Jumaat – Hassan Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju dengan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.
- Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju dengan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan
- Ini kerana pelaksanaan cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu di negeri itu ketika ini bukan hanya cuti biasa, sebaliknya mempunyai makna dari segi sejarah dan budaya Johor.
- Johor dulunya merupakan sebahagian kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah di mana cuti hujung minggu negeri-negeri terbabit adalah Jumaat dan Sabtu.
- “Jadi perubahan yang akan berlaku di Johor ini dalam soal hari cuti hujung minggu ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.
- “…Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor. Rakyat Johor yang bukan Islam menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor,” kata Hassan menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Semalam, media melaporkan cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.
- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dilaporkan bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
- Pada 1 Januari 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju dengan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.
Hassan yang juga seorang peguam berkata, ini kerana pelaksanaan cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu di negeri itu ketika ini bukan hanya cuti biasa, sebaliknya mempunyai makna dari segi sejarah dan budaya Johor.
Beliau berkata Johor dulunya merupakan sebahagian kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah di mana cuti hujung minggu negeri-negeri terbabit adalah Jumaat dan Sabtu.
Katanya, Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu adalah negeri paling kurang pengaruh jajahan Inggeris yang mengenakan pengaruh budaya ke atas tanah jajahannya seperti negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang serta negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang kesemuanya dipaksa bercuti mengikut kehendak penjajah Inggeris iaitu Sabtu dan Ahad.
“Jadi perubahan yang akan berlaku di Johor ini dalam soal hari cuti hujung minggu ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.
“…Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor. Rakyat Johor yang bukan Islam menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor.
“Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat oleh raja pemerintah negeri Johor ini yang ingin menukar hari Jumaat menjadi hari bekerja dengan menggantikan hari Ahad seperti dikehendaki penjajah Inggeris selama ini sebagai hari cuti,” kata Hassan menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Hassan berkata walaupun Johor selama ini melaksanakan cuti hujung minggunya pada Jumaat dan Sabtu, ia tetap dirahmati Allah dengan segala kemajuan duniawi dari segi kebendaan dan material berbanding negeri lain.
Semalam, media melaporkan cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dilaporkan bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
“Saya juga menitahkan agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek,” titah baginda dipetik BERNAMA semalam.
Pada 1 Januari 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.
Negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah. — The Merdeka Times