Connect with us

Terkini

Akta kawalan produk merokok, vape berkuat kuasa hari ini

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mula berkuat kuasa hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peraturan dan perintah kawalan yang bakal dikuatkuasakan itu termasuk rokok elektronik atau vape.
  • Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mula berkuat kuasa hari ini.
  • Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam hantaran di media sosial, peraturan dan perintah kawalan yang bakal dikuatkuasakan itu termasuk rokok elektronik atau vape.
  • KKM berkata Akta 852 itu merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

KUALA LUMPUR – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mula berkuat kuasa hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam hantaran di media sosial, peraturan dan perintah kawalan yang bakal dikuatkuasakan itu termasuk rokok elektronik atau vape.

KKM berkata Akta 852 itu merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

Akta 852 diwartakan pada Februari lalu pada mulanya dilaporkan ditangguhkan pelaksanaannya dua kali pada Jun dan Ogos lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu sejajar usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau, termasuk rokok elektronik atau vape. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *