Connect with us

Terkini

Subsidi pendidikan anak golongan kaya harus dihentikan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya di sekolah awam terbaik negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya di sekolah awam terbaik negara.
  • Menyifatkan tindakan membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan sebagai tidak adil, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dana berkenaan sepatutnya boleh diagihkan kepada kelompok miskin.
  • Anwar dilaporkan melihat wujud keadaan tidak adil apabila ada anak penjawat awam berpangkat kanan, pemimpin politik dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah terbaik dibiayai kerajaan dengan kadar yang tinggi.
  • “Bentuk ketirisan ini, termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan, harus dihentikan. 
  • “Ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan (2025) bulan depan,” kata Anwar sambil memberi contoh anak orang kaya sama ada daripada kaum Melayu, Cina atau Iban yang dihantar ke fakulti kejuruteraan sepatutnya membiayai sendiri kos pengajian. 
  • Anwar dipetik berkata demikian oleh media tempatan ketika melancarkan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya di sekolah awam terbaik negara.

Menyifatkan tindakan membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan sebagai tidak adil, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dana berkenaan sepatutnya boleh diagihkan kepada kelompok miskin.

Anwar berkata kerajaan mahu bersikap adil dalam mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan memerlukan seperti kelompok rentan.

“Bagaimana harus kita lakukan? Hasil ini (daripada ketirisan subsidi) boleh digunakan untuk membantu menambah (dana) kepada rakyat yang miskin,” katanya dipetik media tempatan ketika melancarkan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Putrajaya hari ini.

Anwar dilaporkan melihat wujud keadaan tidak adil apabila ada anak penjawat awam berpangkat kanan, pemimpin politik dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah terbaik dibiayai kerajaan dengan kadar yang tinggi.

Beliau berkata keadaan itu tidak menggambarkan peratusan anak miskin ke pusat pendidikan terbaik dibantu kerajaan seperti sekolah menengah sains dan Maktab Rendah Sains MARA.

“Bentuk ketirisan ini, termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan, harus dihentikan. 

“Ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan (2025) bulan depan,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sambil memberi contoh anak orang kaya sama ada daripada kaum Melayu, Cina atau Iban yang dihantar ke fakulti kejuruteraan sepatutnya membiayai sendiri kos pengajian. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *