Connect with us

Antarabangsa

17,000 kanak-kanak terbunuh dalam perang Israel di Gaza — Pihak Berkuasa Palestin

Sekitar 17,000 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, demikian menurut pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad.

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekitar 17,000 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, demikian menurut pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad.
  • “Seramai 25,973 kanak-kanak Palestin kini hidup di Gaza tanpa salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka akibat serangan Israel,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail al-Thawabta kepada Anadolu dipetik MEMO.
  • Beliau berkata sekurang-kurangnya 16,859 kanak-kanak, termasuk 171 bayi, terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.
  • Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berulang kali memberi amaran bahawa “kanak-kanak Gaza mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan” di bawah serangan tanpa henti Israel.
  • Hampir 41,600 orang terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 96,200 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sekitar 17,000 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, demikian menurut pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad.

“Seramai 25,973 kanak-kanak Palestin kini hidup di Gaza tanpa salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka akibat serangan Israel,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail al-Thawabta kepada Anadolu dipetik MEMO.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 16,859 kanak-kanak, termasuk 171 bayi, terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berulang kali memberi amaran bahawa “kanak-kanak Gaza mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan” di bawah serangan tanpa henti Israel.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza berikutan serangan balas kumpulan Palestin, Hamas pada 7 Oktober lalu walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru diadakan gencatan senjata segera.

Hampir 41,600 orang terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 96,200 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel mengakibatkan hampir keseluruhan penduduk wilayah konflik itu menjadi pelarian di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Israel menghadapi tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakan kejamnya di Gaza. — The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author