Terkini
Kes amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Mahkamah Sesyen di Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan ke atas penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
- Mahkamah Sesyen di Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan ke atas penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
- Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, lapor media tempatan.
- Mahkamah juga menetapkan PU Azman atau nama sebenar Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen di Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan ke atas penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, lapor media tempatan.
Mahkamah juga menetapkan PU Azman atau nama sebenar Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan dihadapinya.
Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man dituduh dua kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang, Klang masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan. — The Merdeka Times