Antarabangsa
Finland cadang hapus kuasa veto
Presiden Finland pada Isnin berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah gagal dalam tugas utamanya memelihara keamanan sambil menyatakan negaranya akan membuat tiga cadangan, termasuk memansuhkan kuasa veto ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB.
- Presiden Finland pada Isnin berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah gagal dalam tugas utamanya memelihara keamanan sambil menyatakan negaranya akan membuat tiga cadangan, termasuk memansuhkan kuasa veto ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB.
- Bercakap pada Summit of the Future di PBB, Alexander Stubb berkata PBB tidak mencapai matlamatnya dalam menangani krisis global ketika dunia kini menyaksikan empat peperangan besar serentak di Ukraine, Palestin, Sudan dan Syria.
- “Cadangan pertama adalah untuk menambah lima ahli, satu dari Amerika Latin, dua dari Afrika, dan dua dari Asia. Cadangan kedua saya ialah kuasa veto semua ahli tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan perlu dimansuhkan.
- “Cadangan ketiga adalah sekiranya ahli Majlis Keselamatan secara terang-terangan melanggar Piagam PBB, hak mengundinya dalam majlis tersebut perlu digantung,” kata Stubb dipetik agensi berita Anadolu.
Presiden Finland pada Isnin berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah gagal dalam tugas utamanya memelihara keamanan sambil menyatakan negaranya akan membuat tiga cadangan, termasuk memansuhkan kuasa veto ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB.
Bercakap pada Summit of the Future di PBB, Alexander Stubb berkata PBB tidak mencapai matlamatnya dalam menangani krisis global ketika dunia kini menyaksikan empat peperangan besar serentak di Ukraine, Palestin, Sudan dan Syria.
Menekankan keperluan usaha bersama bagi menangani masalah ini, beliau berkata UNSC telah gagal dalam tugas utamanya.
“Tugas utama Majlis Keselamatan PBB adalah untuk memelihara keamanan, dan secara jujurnya, ia gagal melaksanakannya. Dan pada pendapat saya, Majlis Keselamatan tidak mencerminkan dunia hari ini,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Stubb mengkritik kurangnya perwakilan majlis itu, di mana hanya satu negara dari Asia dan tiada perwakilan dari Amerika Latin dan Afrika.
Presiden Finland itu seterusnya berkata beliau akan membuat tiga cadangan pembaharuan dalam Majlis Keselamatan pada Rabu.
“Cadangan pertama adalah untuk menambah lima ahli, satu dari Amerika Latin, dua dari Afrika, dan dua dari Asia. Cadangan kedua saya ialah kuasa veto semua ahli tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan perlu dimansuhkan.
“Cadangan ketiga adalah sekiranya ahli Majlis Keselamatan secara terang-terangan melanggar Piagam PBB, hak mengundinya dalam majlis tersebut perlu digantung,” kata Stubb. — The Merdeka Times