Connect with us

Terkini

Kenapa stesen radio kerajaan jemput Cina ‘Muslim’ China begini untuk wawancara? – Firdaus Wong

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan stesen radio AiFM di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjemput seorang gadis Cina Muslim untuk diwawancara berkaitan Islam, sedangkan dia dikatakan tidak mencerminkan dirinya sebagai Muslim sebenar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kiri).
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan stesen radio AiFM di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjemput seorang gadis Cina Muslim untuk diwawancara berkaitan Islam, sedangkan dia dikatakan tidak mencerminkan dirinya sebagai Muslim sebenar.
  • Gadis bernama Shuang Yi itu adalah seorang ‘TikToker’ berasal dari China dan mengakui dirinya sebagai Muslim, tetapi majoriti video dimuat naik di TikTok memaparkan dia tidak mencerminkan diri sebagai contoh Muslim yang sewajarnya dijemput stesen radio kerajaan untuk diwawancara berkenaan Islam.
  • “Bukan itu sahaja, beliau juga sengaja membuat ‘content’ dengan memasuki dan makan di restoran yang tertera tidak halal dengan alasan kononnya mereka di China telah terbiasa begitu sedangkan itu adalah kurang tepat!
  • “Ramai kenalan China Muslim menolak kenyataannya yang mendatangkan fitnah bukan sahaja pada Muslim di China tetapi kepada Islam khususnya.
  • “Beliau memberikan banyak gambaran salah tentang ajaran Islam kepada pengikutnya di TikTok khususnya kepada Belum Muslim sehingga beberapa pempengaruh Cina Belum Muslim menjemputnya untuk bercakap tentang Islam di program mereka!
  • “Dia juga dengan bangganya mengakui bahawa dirinya adalah Muslim yang tidak begitu memahami agama Islam TETAPI AiFM menjemputnya untuk bercakap tentang Islam?,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Instagram pada Selasa yang turut memuat naik beberapa tangkap layar dengan gambar berbeza berkenaan wanita yang difahamkan Shuang Yi.
  • Firdaus Wong memaklumkan perkara itu sudah disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang berjanji akan membawa isu tersebut kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk tindakan selanjutnya.

KUALA LUMPUR — Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan stesen radio AiFM di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjemput seorang gadis Cina Muslim untuk diwawancara berkaitan Islam, sedangkan dia dikatakan tidak mencerminkan dirinya sebagai Muslim sebenar.

Firdaus Wong berkata gadis bernama Shuang Yi itu adalah seorang ‘TikToker’ berasal dari China dan mengakui dirinya sebagai Muslim, tetapi majoriti video dimuat naik di TikTok memaparkan dia tidak mencerminkan diri sebagai contoh Muslim yang sewajarnya dijemput stesen radio kerajaan untuk diwawancara berkenaan Islam.

Beliau berkata antara alasan mengapa gadis itu tidak sepatutnya dijemput untuk diwawancara tentang Islam adalah kerana dia memakai tudung, tetapi mengenakan baju singkat yang mendedahkan perut dan memakai tudung ketika awal video, namun menanggalkannya selepas itu.

Foto: Tangkap layar gambar wanita difahamkan Shuang Yi yang dimuat naik Firdaus Wong di media sosial beliau.

Shuang Yi juga didakwa sengaja menghadiri pameran makanan tidak halal dan berbangga memberitahu pekerja bahawa dia tidak kisah sekiranya makanan itu tidak halal.

Foto: Tangkap layar posting TikTok dimuat naik Firdaus Wong di media sosial beliau.

“Bukan itu sahaja, beliau juga sengaja membuat ‘content’ dengan memasuki dan makan di restoran yang tertera tidak halal dengan alasan kononnya mereka di China telah terbiasa begitu sedangkan itu adalah kurang tepat!

“Ramai kenalan China Muslim menolak kenyataannya yang mendatangkan fitnah bukan sahaja pada Muslim di China tetapi kepada Islam khususnya.

“Beliau memberikan banyak gambaran salah tentang ajaran Islam kepada pengikutnya di TikTok khususnya kepada Belum Muslim sehingga beberapa pempengaruh Cina Belum Muslim menjemputnya untuk bercakap tentang Islam di program mereka!

“Dia juga dengan bangganya mengakui bahawa dirinya adalah Muslim yang tidak begitu memahami agama Islam TETAPI AiFM menjemputnya untuk bercakap tentang Islam?

Foto: Tangkap layar gambar wanita difahamkan Shuang Yi yang dimuat naik Firdaus Wong di media sosial beliau.

“Apakah wakil AiFM tidak mengkaji latar belakang panel yang ingin dijemput atau sebenarnya mereka memang tahu siapakah dia dan menjemput seseorang seperti Shuang Yi untuk terus memberikan persepsi buruk tentang Islam kepada pendengar AiFM?” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Menerusi hantaran itu, Firdaus Wong turut memuat naik beberapa tangkap layar dengan gambar berbeza berkenaan wanita yang difahamkan Shuang Yi, bagaimanapun tidak disertakan latar masa wawancara dilakukan stesen radio terbabit.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong turut menggesa individu bertanggungjawab menjemput gadis Cina ‘Muslim’ dari China itu dikenakan tindakan tegas.

Beliau memaklumkan perkara itu sudah disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang berjanji akan membawa isu tersebut kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk tindakan selanjutnya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *