Connect with us

Antarabangsa

RUU Pindaan Wakaf 2024 cubaan rampas tanah orang Islam India

Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.
  • RUU itu dibentangkan pada Ogos oleh Menteri Hal Ehwal Kesatuan Minoriti India, Kiren Rijiju dan dikecam pembangkang sebagai “memecahbelahkan,” “anti-minoriti” dan “tidak berperlembagaan”.
  • Secara ringkasnya, ia mengehadkan kuasa Lembaga Wakaf Islam (sebagai pemilik utama tanah) untuk menguruskan harta mereka dan bertujuan meningkatkan kawal selia kerajaan ke atasnya.
  • Parti pembangkang India mendakwa pindaan itu bertujuan melucutkan masyarakat Islam daripada tanah, aset dan hak yang dijamin kepada mereka di bawah Perkara 26 Perlembagaan India iaitu termasuk kebebasan menguruskan hal ehwal agama.
  • Selain itu, rang undang-undang itu menyatakan mana-mana harta kerajaan yang dikenal pasti atau diisytiharkan sebagai harta wakaf, sebelum atau selepas bermulanya penguatkuasaan akta, tidak akan dianggap sebagai harta Wakaf.
  • Pegawai Daerah akan bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu harta itu adalah harta wakaf atau tanah kerajaan dan keputusan mereka adalah muktamad.

Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Wakaf 2024 dibentangkan di Parlimen India disifatkan Dr Zakir Naik sebagai “cubaan untuk merampas tanah orang Islam”, lapor 5Pillars UK.

RUU itu dibentangkan pada Ogos oleh Menteri Hal Ehwal Kesatuan Minoriti India, Kiren Rijiju dan dikecam pembangkang sebagai “memecahbelahkan,” “anti-minoriti” dan “tidak berperlembagaan”.

Secara ringkasnya, ia mengehadkan kuasa Lembaga Wakaf Islam (sebagai pemilik utama tanah) untuk menguruskan harta mereka dan bertujuan meningkatkan kawal selia kerajaan ke atasnya.

Parti pembangkang India mendakwa pindaan itu bertujuan melucutkan masyarakat Islam daripada tanah, aset dan hak yang dijamin kepada mereka di bawah Perkara 26 Perlembagaan India iaitu termasuk kebebasan menguruskan hal ehwal agama.

Sebagai tindak balas, kerajaan parti pemerintah Islamofobia Bharatiya Janata (BJP) mengekalkan pandangan permintaan pengawalseliaan harta Wakaf datang daripada masyarakat Islam sendiri dan bertujuan memerangi salah urus serta mewujudkan lebih ketelusan.

RUU itu berhasrat mengehadkan kuasa lembaga wakaf dalam pengurusan harta mereka dan meningkatkan campur tangan kerajaan.

Ia mencadangkan pendaftaran Pejabat Pegawai Daerah mesti diwajibkan untuk mana-mana harta Wakaf, membolehkan penilaian sewajarnya.

Selain itu, rang undang-undang itu menyatakan mana-mana harta kerajaan yang dikenal pasti atau diisytiharkan sebagai harta wakaf, sebelum atau selepas bermulanya penguatkuasaan akta, tidak akan dianggap sebagai harta Wakaf.

Pegawai Daerah akan bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu harta itu adalah harta wakaf atau tanah kerajaan dan keputusan mereka adalah muktamad. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *