Antarabangsa
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya
Mahkamah Israel pada minggu ini menolak permintaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyekat dokumentari masalah undang-undangnya daripada ditayangkan di festival filem Kanada, lapor NPR pada Rabu.
- Mahkamah Israel pada minggu ini menolak permintaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyekat dokumentari masalah undang-undangnya daripada ditayangkan di festival filem Kanada, lapor NPR pada Rabu.
- Filem “The Bibi Files”, merujuk nama samarannya itu, mengandungi klip video dokumentasi Netanyahu disoal siasat polis antara 2016 dan 2018 dalam usaha memeriksa penglibatannya dalam kesalahan rasuah yang dikaitkan ke atasnya.
- Perdana menteri Israel itu dibicarakan kerana didakwa memberikan ganjaran kepada mogul (golongan kaya dan berpengaruh) media sebagai pertukaran hadiah dan liputan media menyebelahinya.
- Dia menafikan salah laku itu dan menggelar perbicaraan yang dilaluinya bermula 2020 sebagai “witch hunt”.
- Filem itu memberi tumpuan kepada perdana menteri Israel yang sedang menerima tekanan domestik dan antarabangsa secara berterusan berhubung kegagalan keselamatan serangan 7 Oktober diketuai Hamas ke atas Israel dan perang berterusan di Gaza.
Mahkamah Israel pada minggu ini menolak permintaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyekat dokumentari masalah undang-undangnya daripada ditayangkan di festival filem Kanada, lapor NPR pada Rabu.
Filem “The Bibi Files”, merujuk nama samarannya itu, mengandungi klip video dokumentasi Netanyahu disoal siasat polis antara 2016 dan 2018 dalam usaha memeriksa penglibatannya dalam kesalahan rasuah yang dikaitkan ke atasnya.
Perdana menteri Israel itu dibicarakan kerana didakwa memberikan ganjaran kepada mogul (golongan kaya dan berpengaruh) media sebagai pertukaran hadiah dan liputan media menyebelahinya.
Dia menafikan salah laku itu dan menggelar perbicaraan dilaluinya yang bermula 2020 sebagai “witch hunt”.
Filem itu memberi tumpuan kepada perdana menteri Israel yang sedang menerima tekanan domestik dan antarabangsa secara berterusan berhubung kegagalan keselamatan serangan 7 Oktober diketuai Hamas ke atas Israel dan perang berterusan di Gaza.
Dokumentari selama hampir dua jam itu bermula pada 2015 apabila Netanyahu memenangi pemilihan semula untuk kali keempat.
Ia secara khusus memberi tumpuan kepada masalah perundangan berterusan ahli politik itu yang berlarutan serta siasatan polis Israel terhadap kelakuannya.
Filem itu masih dalam suntingan akhir, tetapi tayangan potongan kasar awal minggu ini menarik kira-kira 200 orang di Festival Filem Toronto 2024, demikian menurut peserta.
Menjelang akhir tayangan pada Isnin, pengarahnya, Alex Gibney mengumumkan kepada penonton bahawa Netanyahu memfailkan usul untuk menghentikan tayangan filem itu tetapi mahkamah menolak permintaannya. – The Merdeka Times