Antarabangsa
Tiada bukti sekolah UNRWA digunakan pejuang HAMAS – Jurucakap PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.
- “Kami tiada bukti,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dipetik agensi berita Anadolu.
- Kenyataan Dujarric itu bagi menjawab dakwaan Israel kononnya ada penglibatan kumpulan penentangan Palestin di Sekolah Al-Jaouni yang dikendalikan UNRWA di mana 12,000 penduduk Gaza yang terusir berlindung.
- Sekurang-kurangnya enam kakitangan UNRWA antara 18 mangsa bunuh dalam serangan Israel pada Rabu, termasuk pengurus pusat perlindungan UNRWA kawasan itu.
- PBB “bekerja sekeras mungkin untuk mengekalkan keseimbangan antara memastikan keselamatan kakitangan kami dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan orang awam Gaza,” kata Dujarric.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.
“Kami tiada bukti,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dipetik agensi berita Anadolu.
Kenyataan Dujarric itu bagi menjawab dakwaan Israel kononnya ada penglibatan kumpulan penentangan Palestin di Sekolah Al-Jaouni yang dikendalikan UNRWA di mana 12,000 penduduk Gaza yang terusir berlindung.
Sekurang-kurangnya enam kakitangan UNRWA antara 18 mangsa bunuh dalam serangan Israel pada Rabu, termasuk pengurus pusat perlindungan UNRWA kawasan itu.
PBB “bekerja sekeras mungkin untuk mengekalkan keseimbangan antara memastikan keselamatan kakitangan kami dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan orang awam Gaza,” kata Dujarric.
PBB juga menghubungi “peringkat tertinggi kerajaan Israel” untuk menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan dan cabaran operasi.
Utusan Israel ke PBB, Danny Dannon menuduh kakitangan UNRWA terbunuh dalam serangan itu sebagai sebahagian daripada kumpulan “pengganas”.
Sebagai tindak balas, Dujarric berkata “kami bukan dalam kedudukan untuk mengesahkannya, untuk menafikannya. Fokus kami adalah pada kesihatan kemanusiaan”.
Menegaskan semua pihak harus mengelak penggunaan tapak awam untuk melancarkan atau menyasarkan serangan, Dujarric berkata sekolah itu adalah tempat perlindungan dikendalikan UNRWA dan menurutnya “jika ada yang menyalahgunakannya, kami akan mengetahuinya”. – The Merdeka Times