Terkini
(VIDEO) Isu sijil halal: Teresa Kok tidak bersalah, bukan perkara 3R – Guan Eng
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menegaskan Teresa Kok tidak bersalah ekoran kenyataan kontroversi beliau berkaitan isu pensijilan halal, baru-baru ini.
- “Parti DAP telah membuat satu pendirian yang jelas bahawa Teresa Kok tidak bersalah beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan juga kebimbangan yang dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundi-pengundinya.
- “Ini bukanlah perkara 3R (raja, agama dan kaum) seperti dituduh pihak tertentu kerana daripada segala lapisan rakyat sama ada daripada golongan Islam atau bukan Islam pun telah menyampaikan pandangan mereka.
- “Kita harap biarlah ia diuruskan secara profesional di mana seorang ahli parlimen harus diberikan ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh pengundinya merekalah yang paling penting sekali,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menerusi klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Teresa Kok pada Selasa.
- Difahamkan sidang media itu dibuat susulan Teresa memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung isu sijil halal.
- Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
- Beliau berkata langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
KUALA LUMPUR — Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menegaskan Teresa Kok tidak bersalah ekoran kenyataan kontroversi beliau berkaitan isu pensijilan halal, baru-baru ini.
Guan Eng berkata Teresa Kok yang juga Naib Presiden DAP hanya menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan kebimbangan dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundinya.
Katanya, badan guaman DAP diketuai Ram Karpal Singh dan Syahredzan Johan telah diarahkan untuk memastikan Ahli Parlimen Seputeh itu mendapat pembelaan sepenuhnya.
“Parti DAP telah membuat satu pendirian yang jelas bahawa Teresa Kok tidak bersalah beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan juga kebimbangan yang dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundi-pengundinya.
“Ini bukanlah perkara 3R (raja, agama dan kaum) seperti dituduh pihak tertentu kerana daripada segala lapisan rakyat sama ada daripada golongan Islam atau bukan Islam pun telah menyampaikan pandangan mereka.
“Kita harap biarlah ia diuruskan secara profesional di mana seorang ahli parlimen harus diberikan ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh pengundinya merekalah yang paling penting sekali,” katanya menerusi klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Teresa Kok pada Selasa.
Difahamkan, sidang media itu dibuat selepas Teresa memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkaitan isu sijil halal.
Polemik berkaitan pensijilan halal berlaku selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan JAKIM mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Susulan itu, Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan tersebut berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Teresa berkata langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Bantahan itu kemudian mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil yang meminta Teresa menarik balik kenyataan sensitif beliau.
Beberapa laporan polis dibuat terhadap Teresa dan beliau memberi keterangan di ibu pejabat polis di Bukit Aman semalam di mana lebih 20 soalan diajukan kepada beliau dan polis tidak membuat sebarang rampasan telefon bimbit.
Teresa kemudian pada Ahad menjelaskan gesaannya supaya cadangan itu dikaji semula tidak bermaksud beliau mempersoalkan pensijilan halal, peranan JAKIM atau tidak menghormati agama Islam. — The Merdeka Times
View this post on Instagram