Connect with us

Terkini

Proses mohon sijil halal hanya kurang 30 hari, kos maksimum RM200 setahun

Ketika polemik pensijilan halal melanda negara saat ini, terdapat dakwaan kononnya proses permohonannya rumit dan membabitkan kos tinggi hingga menyebabkan pengusaha restoran dan syarikat makanan, termasuk milik orang Melayu, tidak berminat memohonnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Ketika polemik pensijilan halal melanda negara saat ini, terdapat dakwaan kononnya proses permohonannya rumit dan membabitkan kos tinggi hingga menyebabkan pengusaha restoran dan syarikat makanan, termasuk milik orang Melayu, tidak berminat memohonnya.

Namun benarkah dakwaan yang timbul susulan isu pensijilan halal yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara itu?

Semakan ringkas The Merdeka Times mendapati kos mendapatkan sijil halal adalah antara RM100 hingga RM200 setahun dan proses permohonannya telah ditambah baik dari masa ke masa.

Misalnya, dahulu untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil masa lebih 90 hari, namun tempoh itu kini dikurangkan kepada 23 hari.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohd Fakarudin Mas’od pada 2023 dilaporkan berkata antara punca kos sijil halal dikatakan lebih mahal ekoran ramai pihak sebelum ini menggunakan khidmat konsultan yang mengenakan caj tidak masuk akal.

Menurutnya, caj tidak masuk akal itu mencecah RM100,000 hingga RM400,000 sedangkan proses untuk mendapatkan sijil halal hanyalah RM200.

Foto: Tangkap layar petikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, setiap permohonan baharu dan pembaharuan bagi skim premis makanan seperti restoran atau kafe, kantin, kiosk dan premis bergerak, bayaran fi dikenakan bagi setiap premis adalah hanya RM100 setahun.

Manakala, kadar fi pensijilan premis makanan (hotel) setiap dapur atau restoran bagi kategori empat bintang dan ke atas adalah RM500 setahun.

Kadar fi pensijilan premis makanan bagi catering, khidmat penyajian makanan dan dapur pusat konvensyen pula berbeza mengikut jenis industri.

Foto: Tangkap layar petikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Fi dikenakan untuk pensijilan produk dan perkhidmatan juga berbeza mengikut industri di mana paling murah adalah RM100 setahun bagi industri mikro, manakala industri besar yang mempunyai nilai perolehan tahunan melebihi 50 juta dikenakan fi RM1,000 setahun.

Foto: Tangkap layar petikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Sementara itu, kadar fi dilihat paling tinggi adalah untuk permohonan melibatkan syarikat dan/atau pemohon berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara bagi kategori bukan negara ASEAN iaitu RM10,000.

Foto: Tangkap layar petikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Mohd Fakarudin dalam satu temu bual diterbitkan Youtube Zayan My turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan proses untuk memohon sijil halal adalah rumit.

Difahamkan, proses permohonan sijil halal daripada JAKIM hanya mengambil masa kurang 30 hari untuk diluluskan jika semua dokumen sokongan lengkap.

Pemohon dikatakan hanya perlu mengisi borang secara online di mana segala ramuan, bahan masakan perlu didokumentasikan dan JAKIM akan menyemaknya.

Antara syarat memohon sijil halal terdiri daripada bahan mentah; produk; menu dan perkhidmatan; pemprosesan; penyimpanan; peralatan; perkakasan; pembungkusan; pelabelan dan pengiklanan; pengangkutan dan pengedaran; premis; pekerja; sanitasi; latihan; sistem pengurusan halal; dokumentasi dan rekod, pematuhan undang-undang dan peraturan serta yang lain-lain. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *