Connect with us

Antarabangsa

Israel desak Kongres AS tekan Afrika Selatan gugurkan kes genosid di ICJ

Israel bertindak melobi anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Afrika Selatan agar menggugurkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza, lapor Axios pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel bertindak melobi anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Afrika Selatan agar menggugurkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza, lapor Axios pada Isnin.
  • Afrika Selatan mempunyai tempoh sehingga 28 Oktober depan untuk mengemukakan hujah bagi meneruskan kesnya mendakwa Israel melanggar Konvensyen Genosid ekoran perangnya di Gaza.
  • Kementerian Luar Israel pada Isnin menghantar kabel sulit kepada kedutaan dan konsulat Israel di AS dengan arahan cara menangani tindakan Afrika Selatan.
  • Diplomat Israel diarah meminta anggota Kongres AS mengeluarkan kenyataan mengutuk Afrika Selatan serta ancaman memutuskan hubungan perdagangan dengan negara itu.

Israel bertindak melobi anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Afrika Selatan agar menggugurkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza, lapor Axios pada Isnin.

Afrika Selatan mempunyai tempoh sehingga 28 Oktober depan untuk mengemukakan hujah bagi meneruskan kesnya mendakwa Israel melanggar Konvensyen Genosid ekoran perangnya di Gaza.

Pegawai Israel menyatakan mereka mahu anggota Kongres mengancam Afrika Selatan dengan tindakan susulan jika negara itu meneruskan kes terbabit.

Kementerian Luar Israel pada Isnin menghantar kabel sulit kepada kedutaan dan konsulat Israel di AS dengan arahan cara menangani tindakan Afrika Selatan.

“Kami meminta anda segera bekerjasama dengan penggubal undang-undang (AS) peringkat persekutuan dan negeri, bersama gabenor dan organisasi Yahudi, untuk menekan Afrika Selatan supaya mengubah dasar mereka terhadap Israel dan menjelaskan tindakan mereka seperti menyokong Hamas dan menggerakkan langkah anti-Israel di mahkamah antarabangsa akan dibayar dengan harga yang besar,” menurut kabel itu dipetik The Cradle.

Pada Disember lalu, Afrika Selatan memfailkan kes di ICJ yang menuduh Israel melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid 1948.

Kes itu mendakwa tindakan Israel “bersifat genosid kerana bertujuan memusnahkan sebahagian besar” penduduk Palestin di Gaza.

Sejak itu, tentera Israel membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dalam kempen pengeboman kejam selama 11 bulan.

ICJ mengeluarkan keputusan interim pada Januari mengarahkan Israel mengambil semua langkah mencegah tindakan genosid, mencegah dan menghukum hasutan awam yang mengarah kepada genosid serta mengambil langkah segera dan berkesan memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.

Namun, Israel berharap kerajaan gabungan baru Afrika Selatan dapat ditekan untuk mengambil pendekatan berbeza terhadap Israel dan perang di Gaza, menurut pegawai yang bercakap dengan Axios.

Diplomat Israel diarah meminta anggota Kongres AS mengeluarkan kenyataan mengutuk Afrika Selatan serta ancaman memutuskan hubungan perdagangan dengan negara itu.

Axios menambah diplomat Israel juga diarahkan meminta anggota kongres dan organisasi Yahudi di AS agar berhubung terus dengan diplomat Afrika Selatan di AS dan menjelaskan bahawa Afrika Selatan akan “menanggung akibat yang berat” jika tidak mengubah dasarnya.

Kementerian Luar Israel turut meminta diplomat mereka melobi bagi mengadakan perbicaraan mengenai dasar Afrika Selatan terhadap Israel di badan perundangan negeri.

Menurut kabel itu, diplomat Israel diarah menekan parti African National Congress (ANC) agar “mengadakan dialog” dengan Israel dan “bukannya (melalui) boikot dan hukuman”. – The Merdeka Times

Author