Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Lelaki Muslim diseret dan dipukul, niqab ibunya dilucutkan pelampau Hindutva

Seorang lelaki Muslim dan ibu bapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Muslim diseret dan dipukul, niqab ibunya dilucutkan pelampau Hindutva
Foto: Tangkapan skrin dari kejadian tersebut.
  • Seorang lelaki Muslim dan ibubapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.
  • Niqab ibu lelaki itu juga dilucutkan kumpulan pelampau Hindu itu dengan kehadiran beberapa wanita di lokasi kejadian.
  • Menerusi akaun Instagram @muslim.daily, video insiden itu menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai Wajid Ali, 23, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dipukul pelampau Hindutva.
  • “Mereka pukul kami hanya kerana kami Muslim. Mereka heret kami hingga dua-tiga kilometer dan pukul kami dengan ganas,” kata lelaki Muslim itu.

INDIA – Seorang lelaki Muslim dan ibu bapanya dipukul dan diseret hampir tiga kilometer oleh sekumpulan pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan di India, hanya kerana mereka beragama Islam.

Niqab ibu lelaki itu juga dilucutkan kumpulan pelampau Hindu itu dengan kehadiran beberapa wanita di lokasi kejadian.

Menerusi akaun Instagram @muslim.daily, video insiden itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Wajid Ali, 23, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dipukul kumpulan pelampau Hindu itu.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 15 September (tahun tidak dinyatakan) di mana lelaki Muslim itu dan keluarganya dalam perjalanan dari Hari ke Lalgoan.

“Mereka pukul kami hanya kerana kami Muslim. Mereka heret kami dua-tiga kilometer dan pukul kami dengan ganas.

“Kalau polis tak datang, kami dah kena pukul hingga mati,” kata lelaki Muslim itu dalam video terbabit.

Muslim.daily dalam hantaran instagramnya berkata, “Ini berlaku setiap hari di India. Orang Islam dipukul dan dihukum mati kerana hanya Islam. Namun dunia senyap tentang apa yang berlaku di sana.

“Lelaki ini dipukul dan diseret bersama ibubapanya. Ibunya memakai niqab tetapi dilucutkan. Mereka dipukul berjam-jam sebelum polis tiba.

“Inilah yang dilakukan pelampau Hindutva di India dan ini jugalah mereka suka lakukan di luar India, seperti yang kita lihat di Leicester UK minggu lalu,” katanya.

Sumber : Instagram @muslim.daily

Author