Antarabangsa
Enam maut, 13 cedera dalam pengeboman nekad di Kabul
Satu insiden pengeboman berani mati di Kabul, Afghanistan pada Isnin membunuh enam orang awam, termasuk seorang wanita, dan mencederakan 13 yang lain, demikian menurut satu kenyataan polis.
- Satu insiden pengeboman berani mati di Kabul, Afghanistan pada Isnin membunuh enam orang awam, termasuk seorang wanita, dan mencederakan 13 yang lain, demikian menurut satu kenyataan polis.
- “Petang ini, seseorang meletupkan bahan letupan buatan sendiri di kawasan Qala Bakhtiar di daerah ke-6 bandar Kabul,” kata Jurucakap Polis Kabul, Khalid Zadran dalam satu kenyataan di platform X, semalam.
- Agensi berita Anadolu melaporkan setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan itu.
Satu insiden pengeboman berani mati di Kabul, Afghanistan pada Isnin membunuh enam orang awam, termasuk seorang wanita, dan mencederakan 13 yang lain, demikian menurut satu kenyataan polis.
“Petang ini, seseorang meletupkan bahan letupan buatan sendiri di kawasan Qala Bakhtiar di daerah ke-6 bandar Kabul,” kata Jurucakap Polis Kabul, Khalid Zadran dalam satu kenyataan di platform X, semalam.
“Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital tepat pada masanya,” kata Zadran, menegaskan siasatan sedang dijalankan.
Agensi berita Anadolu melaporkan setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan itu.
Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban meraikan ulang tahun pemerintahannya yang ketiga pada 15 Ogos lalu selepas Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tentera dari negara perang itu, sekali gus menyaksikan kejatuhan kerajaan lama yang disokong kuasa barat. – The Merdeka Times