Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh bawa daging lembu, Lelaki Muslim 72 tahun dipukul sekumpulan lelaki dalam tren

Sekumpulan lelaki dalam lingkungan umur 20-an, yang dalam perjalanan kereta api ke Mumbai, India, untuk peperiksaan polis pada 30 Ogos lalu, bertindak memukul seorang lelaki Muslim berusia 72 tahun selepas beliau dituduh memiliki “daging lembu”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Lelaki Muslim dituduh memiliki daging lembu, Ashraf Ali Sayyed Hussain.

Sekumpulan lelaki dalam lingkungan umur 20-an, yang dalam perjalanan kereta api ke Mumbai, India, untuk peperiksaan polis pada 30 Ogos lalu, bertindak memukul seorang lelaki Muslim berusia 72 tahun selepas beliau dituduh memiliki “daging lembu”.

Lelaki-lelaki dengan masa depan sebagai anggota polis, atau pelindung undang-undang itu, dilihat bertukar menjadi ‘pelindung’ lembu yang dahagakan darah mangsa, Ashraf Ali Sayyed Hussain, yang ketika itu dalam perjalanan dari Jalgaon ke Kalyan.

Mereka menumbuk pada muka, dada, dan perut, menghina, merampas telefon mangsa dan merakam serangan itu dengan beberapa peranti sebelum memuat naiknya ke media sosial.

“Seorang pemuda berumur sekitar 24-25 tahun, yang berdiri di sebelah saya, meminta saya memberikannya ruang. Oleh kerana tiada ruang untuk lagi seorang, saya bertanya kepadanya jika dia mahu duduk di pangkuan saya,” kata Hussain dipetik The Wire.

Perkara itu menurutnya membuatkan lelaki itu dan beberapa orang lain di sebelahnya marah. Hussain terus duduk sehingga kereta api mendekati Kalyan, stesen di mana dia sepatutnya turun.

“Saya menghampiri beg saya, di dalamnya ada dua balang plastik penuh dengan daging kerbau,” kata Hussain dalam laporan penyiasatan pertamanya (FIR). Penggunaan daging kerbau air dibenarkan di Maharashtra.

“Lelaki-lelaki itu tiba-tiba meminta saya buka beg dan ditunjukkannya kepada mereka. Mereka mula mengepung saya dan bertanya apa dalam beg saya.

“Saya menjadi gelisah dan mengaku itu adalah daging lembu jantan (dilarang sejak 2015). Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki itu mula menumbuk dan menghina saya,” kata Hussein.

Setelah video rakaman insiden itu tersebar, aktivis-aktivis dari Parti Sosial Demokratik India (SDPI) segera bertindak dan menggalakkan Hussain mengambil tindakan undang-undang.

Bersama keluarganya, Hussein dan sekumpulan pekerja SDPI, pergi ke balai polis Thane untuk membuat laporan.

Berikutan aduan di Balai Polis Keretapi Thane, tiga lelaki dikenali sebagai Akash Ahwad, Nilesh Ahire, dan Jayesh Mohite ditangkap.

The Wire melaporkan walaupun terdapat bukti video yang jelas mengenai serangan brutal itu, tertuduh hanya didakwa di bawah seksyen yang boleh dijamin dalam undang-undang baru Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS) dan dibebaskan dengan jaminan dalam masa sehari. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *