Antarabangsa
Israel tingkatkan serangan di Tebing Barat, strategi ‘menyerupai’ genosid Gaza
Tentera Israel bertindak memanggil pasukan sokongan tambahan dalam operasi meningkatkan serangan di Tebing Barat yang diduduki untuk hari kedua berturut-turut.
- Tentera Israel bertindak memanggil pasukan sokongan tambahan dalam operasi meningkatkan serangan di Tebing Barat yang diduduki untuk hari kedua berturut-turut.
- Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sejak operasi itu bermula di bahagian utara wilayah tersebut, lapor agensi berita Palestin, Wafa dipetik Al Jazeera hari ini.
- Lapan orang terbunuh di wilayah Jenin, enam di Tulkarem dan empat lagi di Tubas, manakala berpuluh-puluh lagi cedera.
- Sekurang-kurangnya 20 warga Palestin, termasuk kanak-kanak, dipenjarakan tentera Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan serta Persatuan Tahanan Palestin yang memberi amaran pada Khamis bahawa jumlah itu mungkin meningkat seiring serbuan yang terus berlangsung.
- Serbuan Israel bermula pada Rabu di kawasan Jenin, Tulkarem dan kem pelarian Far’a berhampiran Tubas dalam serangan terbesar di sana sepanjang 20 tahun terakhir atas dakwaan tentera Israel menyasarkan “pengganas bersenjata yang mengancam pasukan keselamatan”.
Tentera Israel bertindak memanggil pasukan sokongan tambahan dalam operasi meningkatkan serangan di Tebing Barat yang diduduki untuk hari kedua berturut-turut.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sejak operasi itu bermula di bahagian utara wilayah tersebut, lapor agensi berita Palestin, Wafa dipetik Al Jazeera hari ini.
Lapan orang terbunuh di wilayah Jenin, enam di Tulkarem dan empat lagi di Tubas, manakala berpuluh-puluh lagi cedera.
Sekurang-kurangnya 20 warga Palestin, termasuk kanak-kanak, dipenjarakan tentera Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan serta Persatuan Tahanan Palestin yang memberi amaran pada Khamis bahawa jumlah itu mungkin meningkat seiring serbuan yang terus berlangsung.
Serbuan Israel bermula pada Rabu di kawasan Jenin, Tulkarem dan kem pelarian Far’a berhampiran Tubas dalam serangan terbesar di sana sepanjang 20 tahun terakhir atas dakwaan tentera Israel menyasarkan “pengganas bersenjata yang mengancam pasukan keselamatan”.
Melaporkan dari Tulkarem, Nida Ibrahim dari Al Jazeera berkata walaupun tentera Israel melancarkan serangan harian di wilayah itu, “serangan kali ini adalah dalam skala yang berbeza” kerana pasukan mereka “telah menyerbu empat kem pelarian pada masa yang sama.”
Menteri Luar Israel, Israel Katz pada Rabu mencadangkan pengusiran paksa rakyat Palestin.
Beliau menulis di platform X merujuk ancaman “infrastruktur pengganas” di kem pelarian Jenin dan Tulkarem dengan segala apa cara diperlukan, termasuk “pertempuran sengit” dan “dalam beberapa insiden… membenarkan perpindahan sementara penduduk dari satu kawasan kejiranan ke kawasan lain sekitar kem pelarian”.
Arahan pemindahan sementara Israel itu telah berulang kali digunakan di Gaza sehingga mengakibatkan perpindahan puluhan ribu orang ke “zon selamat kemanusiaan” yang kemudiannya diserang tentera.
Kumpulan hak asasi Palestin, termasuk Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, Al-Haq dan Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan, memberi amaran pada Khamis mengenai tindakan Israel di wilayah itu yang “menyerupai” taktik digunakan dalam “kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza”. – The Merdeka Times